web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IRAMA Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap ‘Influencer’ Yang Melampaui Batas Dan Etika

Video berdurasi lebih kurang satu minit itu dilihat amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja dilakukan dengan sengaja, tetapi juga seolah-olah satu tindakan yang wajar serta patut dicontohi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 10:33AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) telah membuat laporan polis berkenaan sebuah video tular yang menunjukkan tindakan seorang influencer menghina dan memalukan seorang gelandangan tua atas alasan 'motivasi'.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Walaupun ramai pihak menyelar tindakan influencer terbabit yang disifatkan sebagai ‘biadap’ serta keterlaluan, namun kemunculan video berdurasi lebih kurang satu minit itu dilihat amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja dilakukan dengan sengaja, tetapi juga seolah-olah satu tindakan yang wajar serta patut dicontohi.

Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid berkata, terlalu banyak aksi tidak beretika dan tidak beradab dilakukan golongan influencer kita dan selalunya, apabila keadaan ini berlaku, warganet akan segera mengaitkan tindakan itu dengan sikap dan perangai artis. 

Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid
Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid

“Ini membimbangkan kami kerana tindakan mereka menyebabkan golongan artis terpalit sama. Lebih merisaukan apabila ada di antara influencer ini mempunyai hubungan yang akrab dengan golongan artis. 

“Secara tidak langsung, tindakan mereka ini juga dianggap sebagai sebahagian daripada tindakan artis atau direstui rakan artis itu sendiri. 

“Perkara ini jika tidak ditangani, akan mewujudkan satu impak yang negatif dalam jangka waktu yang panjang,” katanya kepada portal Getaran. 

Laporang Polis yang dibuat oleh Ayob Abdul Majid
Laporang Polis yang dibuat oleh Ayob Abdul Majid

Sehubungan itu, Ayob berkata, pihaknya berharap agar pihak kerajaan akan dapat menyediakan garis panduan terhadap kandungan-kandungan yang dimuatkan golongan influencer di platform digital. 

“Pada waktu yang sama kita berharap tindakan yang lebih tegas akan diambil terhadap influencer yang melakukan aksi biadap dan tidak bertanggungjawab serta serta melakukan gimik keterlaluan untuk meraih followers di media sosial. 

“Cukup-cukuplah kita disajikan dengan kisah tular kebiadapan influencer. Ia tidak boleh dijadikan ikutan dan trend ini perlu ditamatkan,” katanya. - Getaran, 29 Julai 2021

 Semua gambar, kecuali tertera: Ihsan IRAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

3

Semasa 3 tahun yang lalu

MOT Ambil Tindakan Segera Terhadap Laporan SPRM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tindakan Tegas Termasuk Buang Kerja Jika Terlibat Kes Buli - Mohamad

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN