web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Termasuk Buang Kerja Jika Terlibat Kes Buli - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 6:42PM

Mohamad Hasan berkata kejadian membuli pelatih TUDM berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ia bukan satu budaya yang biasa dilakukan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil termasuk buang kerja jika ada anggota yang terlibat dengan dakwaan membuli pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kejadian membuli pelatih TUDM berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ia bukan satu budaya yang biasa dilakukan.

“Bagaimanapun perkara sedemikian (membuli pelatih) kadang-kadang berlaku, malah di peringkat sekolah rendah dan menengah ada juga kes buli. Saya berharap perkara ini elok dihentikan.

“Jika ia masih berlaku (kes buli) dan didapati ada anggota yang benar-benar terlibat dan tidak mengendahkan peraturan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sehingga membolehkan dia dibuang kerja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Menurutnya Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menasihatkan anggotanya agar tidak terlibat dengan perkara yang boleh menjadi kesalahan terutamanya dalam terma perkhidmatan ATM.

Mengulas mengenai siasatan kes berkenaan, Mohamad berkata ia sedang dijalankan oleh kedua-dua pihak iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MINDEF.

“Kita akan lihat hasil daripada siasatan yang dibuat kerana kita tidak boleh terus menjurus kepada sesuatu perkara tanpa kita dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Semalam, PDRM merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan kes itu termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa serta enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan itu. 

Sebelum ini, tular satu perkongsian di media sosial dengan seorang wanita mendakwa adiknya menjadi mangsa buli di sebuah pusat latihan tentera udara.

Dalam perkongsian tersebut wanita itu mendakwa adiknya menjadi mangsa penderaan fizikal serta emosi sehingga menyebabkan trauma dan ketakutan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Nahas Hornet: PM Zahir Simpati, Arah Siasatan Menyeluruh

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad