web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jom Meriahkan Malam Anda Dengan Dua Drama Baharu TV3

'Sitik Tok' paparkan kisah gadis obses untuk menjadi 'TikToker' manakala 'Mata Ketiga' pula menyingkap misteri disebalik deria keenam mahasiswa bernama Faizul yang boleh berkomunikasi dengan mahkluk halus.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 6:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya ramai yang buntu tidak tahu mahu buat apa di rumah. Apatah lagi dengan jumlah kes positif COVID-19 semakin tinggi saban hari, pergerakan pastinya lebih terbatas. Namun, jangan risau! TV3 ada menawarkan dua drama baru yang boleh mengisi masa anda. 

Sitik Tok

Drama 'Sitik Tok' sangat dekat dengan golongan muda memandangkan aplikasi TikTok kian mendapat sambutan kebelakangan ini. Ia menceritakan seorang gadis bernama Siti yang bercita-cita menjadi TikToker tegar. 

Siti sering berkongsi video-video menarik di setiap pelosok kampung. Apa sahaja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan Siti dalam video TikTok. Keluarga tunang Siti tidak suka dengan ketaasuban Siti terhadap aplikasi itu dan mendesak pertunangan itu diputuskan. 

Siti tidak patah hati dengan kejadian itu sebaliknya nekad mencari peluang berhijrah ke Kuala Lumpur.  Siti memujuk ibunya supaya membenarkan dia ke Kuala Lumpur. Selepas puas merayu, ibunya memberikan keizinan tetapi dengan syarat Siti perlu tinggal dengan sepupunya, Jaja. 

Siti sangat teruja dengan kehidupan baharunya di Kuala Lumpur tetapi tidak sedar Jaja tidak menyukai kehadirannya. Jaja menjalankan bisnes atas talian dengan peralatan lengkap dan bilik khas untuk merakamkan video serta menyimpan stok. Teman serumah mereka iaitu Maru pula gadis yang ceria dan mengusahakan bisnes  food truck

Drama 16 episod arahan Joon Goh ini dibintangi Scha Elinnea sebagai Siti, Niezam Zaidi (Shon), Nadia Aqilah (Miss Rona), Nelissa Nizam (Jaja), Zamaera (Maru), Kahoe (Xander) dan Acong Sweetchild (Chuchox). 

'Sitik Tok' bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 hingga 10.30 malam di TV3. Ia juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan penstriman WeTV selepas satu jam tayangan di kaca TV.

Mata Ketiga

Jangan berganjak dari tempat duduk anda kerana rancangan selepas itu juga tidak kurang hebatnya. 'Mata Ketiga' mengisahkan Faizul, pelajar universiti yang dikurniakan anugerah istimewa apabila boleh berkomunikasi dengan makhluk halus. Pengembaraan bermula apabila Faizul dan empat rakan baiknya menyertai ekspedisi hutan yang diketuai Profesor Mazlan.

Faizul menasihati rakan-rakannya supaya mematuhi pantang larang ketika berada dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Sejak insiden itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiganya. 

Drama 10 episod berdurasi 30 minit ini terbitan Skop Productions dan diarahkan oleh C. Kumaresan. Menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam, 'Mata Ketiga' membariskan ramai pelakon muda berbakat besar iaitu Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza dan Fimie Don. - Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN