web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketawa Dan Seram, Tapi Di Mana Hantu Bonceng?

Ada filem 'Hantu Bonceng' baru untuk anda tonton kala santai. Adakah ia benar-benar lucu atau seram? Mungkin kedua-duanya?

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekuel filem Hantu Bonceng ini masih kekal dengan latar dan penceritaan sama. Kisah mat motor dan kejadian yang berlegar sekitar mereka. Kali ini, bezanya lokasi filem yang terhad ekoran penggambaran yang berjalan sekitar tahun lalu dalam tempoh pandemik COVID-19.

Hantu Bonceng 2.0 (HB2) menyajikan hiburan ringan untuk mereka yang memilih menonton bagi tujuan suka-suka. Kisah ringan dua mat motor Amran dan Kunyit yang terpaksa bermalam di sebuah hotel lama selepas motor mereka rosak.

Sayangnya, semangat setia kawan mat motor dalam kisah ini tidak digambarkan apabila rakan-rakan Amran dan Kunyit memilih untuk meninggalkan mereka dan meneruskan perjalanan.

Maka, bermulalah episod misteri dan seram dua sahabat Amran lakonan Zizan Razak dan Kunyit (Taiyuddin Bakar).

Mereka melalui hari-hari mencemaskan apabila terpaksa bermalam di Hotel Everlast, sebuah premis lama yang sesuai dengan mood seram bagi merealisasikan penceritaan filem ini.

Secara keseluruhan, filem ini pasti memenuhi citarasa kelompok yang menggemarinya. Ada gelak tawa, bahasa mat motor dan lawak-lawak santai (meskipun ada yang agak trying hard).

Satu yang pasti, sudut kamera yang dipaparkan tidak mengecewakan. Banyak sudut kamera yang tidak klise dan rajin dalam menghidupkan perjalanan filem ini.

Elemen kejutan juga boleh dikatakan menjadi dan solekan seram hantu boleh membangkit rasa gerun terutama jika anda menonton sendirian di malam hari.

Maksud penulis menjadi di sini, tidaklah penonton tertawa besar atau menekup mulut dan menaikkan mata ke atas sebaik rupa paras hantu muncul di layar. Jadi, apabila filem ini mahu dikategorikan sebagai seram komedi, penonton boleh angguk tanda setuju.

Lakonan pelakon dalam HB2 juga seimbang. Lakonan Zizan sama dan tiada beza dengan naskhah lawak yang pernah dibawakan sebelum ini. Dia wajar berterima kasih kepada Taiyuddin kerana menjalankan tugas sebagai teman sparring yang baik.

Penulis agak seronok melihat nama seperti Sangeeta dan Chew Kin Wah dalam naskhah ini. Kemunculan mereka penting kerana ada kaitan mengenai kisah misteri yang berlaku dalam filem ini. Ya, sedikit sebanyak mereka memberikan warna tersendiri.

Shiha Zikir membawakan watak Ayu, wajar diberikan pujian dengan lakonannya dalam HB2. Shiha mendukung watak dengan bersahaja dan menarik tanpa berlebihan walaupun ada kala menuntut dia mewarnakan mood komedi, bersesuaian dengan nyawa filem ini.

Artu Zero wajarnya diberikan watak yang lebih penting kerana dia mampu memberikan lakonan komedi mahupun seram yang lebih impak. Sayang, dia hanya muncul sebagai watak sampingan.

Mr. Ruttu satu lagi watak yang sudah berulang kali kita lihat dalam naskhah komedi. Joey Daud boleh beraksi komedi dalam cara berlainan dari asyik-asyik dengan pantun bukan-bukan.

Kemunculan pelakon yang sudah lama menyepi, Rashdan Baba juga menarik. Cuma pada pandangan penulis, lebih baik andai watak yang dicipta untuk hero era drama 'Spektra' ini lebih signifikan dalam HB2.

Dari segi penceritaan, ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran. Menarik apabila Zizan sibuk dengan alat pemeriksa suhu dan pemakaian pelitup muka oleh Shiha sebagai simbolik suasana COVID-19 yang sedang berlaku.

Kenapa tidak kepada watak lain, Amran dan Kunyit tidak mengenakan pelitup muka, juga watak pengunjung lain iaitu seisi keluarga yang tiba di hotel ketika penghujung cerita. Geng Mat Motor yang lain juga culas dengan SOP pelitup muka.

Kehilangan Maya juga bagaikan diambil mudah oleh buah hatinya Kunyit. Ya, ada dimaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh. Tetapi takkan tiada usaha melaporkan kehilangannya. Kunyit juga hanya mencari Maya sekitar bangunan hotel, cukup setakat usaha itu?

Paling penting, penulis cuba mencari signifikasi di manakah hantu bonceng yang dijadikan tajuk dalam filem ini. Sedangkan hantu yang dipaparkan tidak ada kena-mengena langsung.

Itu yang bermain di ruang legar fikiran penulis saat menghabiskan kira-kira 1 jam 42 minit durasi filem ini. Masing-masing punya citarasa tersendiri, kan? Tidak mengapalah, ketawalah, ketawalah lagi. Kalau menonton di sebelah malam, hati-hati dengan hilai tawa, takut pula jiran sebelah bacakan ruqyah buat anda. - Getaran, 16 Februari 2021

Semua gambar: Astro First

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...