web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netflix Ceburi Dunia Permainan Video Susulan Pertumbuhan Kurang Memberangsangkan

Para penganalisis berkata keputusan Netflix ini bukanlah untuk mengganggu pasaran permainan video tetapi untuk mengekalkan jumlah pelanggannya dengan menawarkan pelbagai jenis kandungan baru.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 9:19AM

Gambar: Freestocks, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Netflix berhadapan dengan cabaran besar berikutan keputusannya untuk melebarkan sayap ke dunia permainan video. Keputusan ini dibuat untuk mengekalkan minat pelanggannya kepada jenama itu dalam dunia penstriman yang semakin mencabar. 

Pertumbuhan Netflix dikatakan perlahan walaupun ia banyak menawarkan rancangan spin-off daripada siri-siri hitnya. 

Para penganalisis berkata keputusan Netflix untuk terjun ke dunia permainan video bukan bertujuan mengganggu pasaran permainan video tetapi untuk mengekalkan jumlah pelanggan dengan menawarkan pelbagai jenis kandungan baru.

“Jenama hiburan dan teknologi menambahkan permainan video kepada senarai produk mereka kerana ia berkait rapat dengan kandungan video sedia ada,” kata penganalisis eMarketer, Ross Benes. 

“Dengan penambahan permainan video ini, diharapkan pelanggan akan menggunakan Netflix dengan lebih lama setiap hari sehingga akhirnya menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka.” 

Menurut Benes, permainan video Netflix mungkin membuat pelanggan sedia ada terus melanggan tetapi ia mungkin tidak akan meningkatkan tahap langganan secara signifikan. 

Rakan Pengurusan Loup Ventures, Gene Munster memuji tindakan Netflix dan berkata, “Ia keputusan yang bijak untuk mengekalkan dan meningkatkan jumlah pelanggan.”

Beliau turut menambah terdapat sekitar dua bilion pemain permainan video di seluruh dunia. 

Penganalisis Wedbush Securities, Michael Pachter pula menjangka langkah Netflix itu akan memberikan ‘sifar’ impak kepada dunia permainan video. 

“Kami melihat usaha Netflix menceburi dunia permainan video sebagai tanda pihak pengurusan memahami bahawa kandungan berbentuk video semakin kurang diminati ramai dan kos membuatnya juga semakin meningkat,” kata Patcher dalam sebuah pesanan kepada pelabur. 

“Kami juga melihat keputusan mereka untuk memasuki arena permainan video sebagai cubaan mengalihkan perhatian para pelabur daripada isu sebenar iaitu pertumbuhan Netflix yang kurang memberangsangkan.”

Ketua pegawai produk, Greg Peters sewaktu pengumuman pendapatan berkata, memasuki bidang permainan video bakal menjadi usaha jangka panjang dan Netflix akan bermula pada skala kecil di arena permainan video mudah alih.

Gambar hiasan. Oleh Pexels
Gambar hiasan. Oleh Pexels

“Kami melihat ini sebagai unjuran kandungan hiburan yang telah menjadi fokus kami selama 20 tahun ini,” kata Peters. 

“Kami akan cuba menawarkan bermacam-macam jenis permainan yang menggunakan pelbagai cara untuk melihat apa yang disukai oleh pelanggan.” 

Para eksekutif di Netflix berkata mereka akan menggunakan populariti dan kekuatan rancangan serta program sedia ada untuk mencipta sebuah dunia fantasi yang interaktif untuk pelanggan. Mereka juga sedang berbincang dengan beberapa pembuat permainan video untuk membentuk perjanjian perlesenan. 

Cabaran Permainan Video

Menurut Netflix, permainan video ini akan dimasukkan dalam langganan sedia ada pelanggan tanpa kos tambahan dan akan dibuat berasaskan filem serta siri sedia ada. 

Sebelum ini, Netflix sudah mencuba membuat permainan video melalui episod interaktif ‘Bandersnatch’ dari siri ‘Black Mirror’ dan juga permainan video mudah alih percuma berasaskan siri popular ‘Stranger Things.’ 

“Ada pemain permainan video yang akan berminat, tetapi tidak ramai. Dan Netflix tidak mempunyai kandungan yang cukup menarik untuk dijadikan permainan video yang hebat,” kata Patcher dalam pesanannya. 

Banyak syarikat kandungan yang bercita-cita untuk membuat permainan video tapi akhirnya semua terkubur sepi. Contoh paling terkenal adalah Disney. 

Tidak kurang juga pengusaha veteran permainan video yang kecundang dalam arena permainan video mudah alih. 

Jarang sekali ada permainan video popular berasaskan siri televisyen atau filem, jadi kejayaan keputusan terkini Netflix ini menjadi tanda tanya. Mampukah ia membuat sesuatu di luar jangkaan ramai?

“Disney dan NBCUniversal telah menutup unit permainan video mereka. Produksi Hollywood dan permainan video berasaskan kandungan terbitannya memang tidak pernah berjalan seiringan,” kata penganalisis kanan Third Bridge, Joe McCormack. 

Persaingan dalam industri permainan video mudah alih juga hebat. Jika Netflix mahu membuat permainan video yang canggih, mereka akan berhadapan dengan beberapa cabaran teknologi.

Permainan berasaskan konsol yang baik selalunya distrim dari storan awan. Ia memerlukan sambungan internet berkelajuan tinggi untuk mengurangkan lamban supaya pemain boleh mengawal tindakan dengan cekap dalam permainan. 

Gambar hiasan. Oleh Afif Kusuma, Unsplash
Gambar hiasan. Oleh Afif Kusuma, Unsplash

Dalam arena ini, Netflix akan berdepan dengan servis permainan video awan yang telah dibuat oleh Amazon, Google, Microsoft dan Sony. 

“Permainan video awan (cloud gaming) adalah satu perkara yang kompleks. Pada pendapat kami, Netflix memang merancang untuk berjaya dalam bidang permainan video ini, tetapi mereka tidak memikir langkah awal mereka masak-masak,” kata Patcher.

Netflix mahu menggunakan kekuatan dalam penceritaan dan penciptaan kandungan baru sebagai asas untuk terjun ke arena permainan video. Ia juga bertujuan untuk memastikan bilangan pelanggan meningkat, kata para eksekutif. 

“Kami pakar dalam mencipta dunia baru lengkap dengan jalan cerita menakjubkan dan watak-watak hebat,” kata Peters.

“Dan kami tahu peminat cerita-cerita itu mahu mendalaminya. Mereka mahu menikmatinya dengan lebih menyeluruh.” - AFP

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN