web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Definisi Cinta Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Dalam 'Sabda Kekasih'

Filem Islamik cinta memang sinonim dengan konsepnya yang klasik dan Arabik dan nampaknya ia tidak lari dan telah diterapkan di dalam 'Sabda Kekasih.' Paling jelas adalah pada dialog-dialog yang diucapkan dengan kata-kata yang cukup indah dan puitis.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 8:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemunculan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dalam filem bergenre islamik cinta iaitu Sabda Kekasih telah membuktikan kematangan mereka dalam perjalanan seni lakonan.

Sabda Kekasih yang mengangkat pasangan berkenaan sebagai peneraju utama telah mengubat rindu peminat mereka yang selama ini menantikan gandingan merpati dua sejoli ini.

Filem Islamik cinta memang sinonim dengan konsepnya yang klasik dan Arabik dan paling mudah untuk menggambarkannya adalah ia tidak ubah seperti karya agung popular Indonesia, Ayat-Ayat Cinta.

Konsep itu nampaknya tidak lari dan telah diterapkan di dalam Sabda Kekasih. Paling jelas adalah pada dialog-dialog yang diucapkan dengan kata-kata yang cukup indah dan puitis.

Namun di sebalik dialog yang penuh bunga itu, ada kalanya penulis merasakan ia agak ‘draggy’ atau panjang. Malah, bait-bait kata yang disebut juga agak perlahan sehingga cara pertuturan mereka dirasakan kurang realistik terutama dialog yang dilontarkan pelakon Sharifah Husna sebagai Hayla Sufiah.

Pun begitu, tidak dinafikan seni sinematografinya agak hebat. Dari mula hingga akhir penonton dapat menikmati keindahan sinematografi yang cantik dan klasik apabila filem berkenaan menggunakan pencahayaan kuning redup yang dramatik seolah-olah seperti menonton cerita cinta Arab.

Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan pemilihan lokasi dan suasana kampung yang mendamaikan serta seni ukiran rumah kampung berkayu jati juga telah menghidupkan lagi rasa filem Islamik cinta yang sempurna dalam membuai emosi penonton.

Malah boleh dikatakan muzik serta lagu tema filem ini disusunkan dengan sangat sempurna ditambah pula dengan iringan alunan merdu seruling. Seruling merupakan alat muzik yang digunakan watak Aeril sebagai Bukhary yang menjadi pemuzik jalanan.

Sesuai dengan temanya iaitu ‘Manifestasi Cinta Agung’, penulis boleh lihat kisah cinta mereka seperti berada di fantasi pada permulaannya sehingga sisi logika terpaksa diketepikan demi melayani perasaan pasangan yang sedang dilamun cinta.

Antara babak yang kurang logik penulis lihat adalah apabila ketika mereka berdua sedang gembira berguling mesra di atas rumput sedangkan Wawa yang membawa watak Kasih Murni berimej tudung labuh dan belum berkahwin.

Selain itu, jalan cerita Sabda Kekasih pada mulanya agak indah namun terdapat babak yang agak ‘melompat’ di mana satu babak ke satu babak itu ada kalanya tidak bersambung dan hanya menunjukkan apa yang berlaku seterusnya sahaja dan membiarkan ia tergantung seketika.

Penulis faham mungkin ia cuba menyimpan momen itu terlebih dahulu dan mahu penonton terus berteka-teki sehingga terpaksa menanti sehingga ke akhir cerita. Namun ia membuatkan penulis terpaksa menunggu dengan agak lama untuk mengetahui kesudahannya.

Sebagai contoh, Kasih tidak pernah bertemu atau bertembung dengan kekasihnya Bukhary selepas majlis pertunangan mereka yang tergantung meskipun ketika satu masa itu mereka berada di rumah yang sama. Ini kerana pengarah mahu menyimpan saat klimaks itu di akhir cerita.

Pun begitu, lakonan Aeril dan Wawa tidak perlu disangkal lagi pasangan ini sudah cukup berpengalaman dalam bidang berkenaan malah chemistry antara mereka dilihat tiada kekurangannya dan ia kelebihan pelakon pasangan suami isteri ini.

Selain pelakon utama, menariknya filem ini ia turut membariskan pelakon senior berpengalaman seperti Fauziah Nawawi dan Sabri Yunus. Dua nama besar ini juga cukup memberi impak lakonan hebat dalam Sabda Kekasih.

Lakonan Fauziah dan Sabri tidak perlu dipertikaikan malah emosi dari bukan sahaja dialog malah raut wajah mereka telah menambah rasa kepada filem ini supaya ia nampak sempurna.

Sabda Kasih merupakan filem sulung terbitan pasangan Aeril dan Wawa di bawah syarikat Respected Citizen Production Sdn Bhd.

Sedikit mengenai filem ini ia mengisahkan tentang seorang pemuzik jalanan, Bukhary (Aeril Zafrel) yang mengubah kejahilan hanya kerana cinta pertama seorang gadis iaitu Kasih Murni (Wawa Zainal).

Bagaimanapun, kedukaan terjadi apabila Bukhary tidak datang ke rumah kekasihnya itu sewaktu hari pertunangan mereka. Kasih bagai hilang arah dan sengsara kerana menanti kehadiran Bukhary yang tidak kunjung tiba.

Sehingga semuanya terbongkar di hari perkahwinan sepupunya, Hayla Sufiyah (Sharifah Husna) dan persoalan tentang apa yang berlaku sebelum ini akhirnya terjawab. Sabda Kekasih telah mula ditayangkan di saluran 480 Astro First bermula 24 Jun lalu. - Getaran, 20 Julai 2021


 

Filem: Sabda Kekasih

Genre: Cinta Islamik

Pengarah: Azhari Zain

Penulis Skrip : Abban Namus

Penerbit : Aeril Zafrel

Pelakon: Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sabri Yunus, Fauziah Nawi, Sharifah Husna

Terbitan: Respected Citizen Production Sdn Bhd

Tarikh Tayangan: 24 Jun 2021 (Astro First)

Gambar: Instagram @respectedcitizenproduction
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN