web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjanjian Usaha Sama Penerbitan Filem Antara Malaysia-Australia, Apa Langkah Seterusnya?

Perjanjian usaha sama penerbitan filem antara Malaysia dan Australia ini dilihat mampu merangsang pertumbuhan sektor industri kreatif tempatan serta industri rantaian dan sokongan yang terlibat.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 4:26PM

Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Datuk Kamil Othman, mantan Ketua Pengarah FINAS

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenyataan yang dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah mengenai perjanjian usaha sama penerbitan filem antara Malaysia dan Australia yang berkuatkuasa bulan ini, pastinya menjadi berita yang sangat baik serta ditunggu-tunggu buat semua karyawan serta penggiat filem tempatan.

Memetik laporan Bernama, perjanjian usaha sama penerbitan filem antara Malaysia dan Australia ini dilihat mampu merangsang pertumbuhan ekonomi bagi sektor industri kreatif tempatan serta industri rantaian dan sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Malah, Saifuddin berkata, jalinan usahasama itu diharap dapat mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem serta meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan filem. 

Pada waktu yang sama ia juga diharap mampu menggalakkan pembangunan kemahiran terhadap produksi tempatan serta membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti penerbitan antara Malaysia dan Australia.

Semua ini adalah suatu petanda yang baik dan memberi suatu harapan buat industri perfileman di negara kita untuk bernafas dan membangun semula dengan menghasilkan kandungan yang luar biasa serta menembusi pasaran antarabangsa. 

Sewajarnya, inisiatif yang cuba dilaksanakan di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa yang diterajui agensi KKMM iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini wajar sekali mendapat sokongan penuh daripada karyawan dan penggiat filem tempatan. 

Bagaimanapun, pelaksanaannya pastilah tidak semudah mana dan untuk memastikan ia mampu dilaksanakan secara efisien, FINAS pastinya memerlukan kakitangan yang benar-benar kompeten serta berkebolehan untuk memantau serta mengendalikan projek-projek di bawah penerbitan filem antara Malaysia dan Australia ini. 

Sebenarnya usaha untuk merealisasikan perjanjian usaha sama penerbitan filem antara Malaysia dan Australia ini sudah pun dimulakan FINAS sejak 2014 lagi, yang mana pada ketika itu, Datuk Kamil Othman memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah. 

Namun, selama dua penggal memegang jawatan itu dan kemudian berlaku beberapa peralihan pengurusan di dalam perbadanan tersebut, baru sekarang ini perjanjian usaha sama di antara kedua-dua negara ini terlaksana secara sahnya.  Bayangkan, berapa lama tempohnya? 

Mengulas mengenai hal ini, Kamil Othman berkata, dia gembira apabila perjanjian usaha sama ini akhirnya menjadi suatu kenyataan. 

“Walaupun ia mengambil waktu lama untuk direalisasikan tetapi akhirnya ia terlaksana juga. Saya percaya perjanjian ini akan memberikan manfaat yang cukup besar buat Malaysia. 

“Dengan adanya perjanjian usaha sama ini, kita mempunyai akses yang cukup besar untuk menggunakan pelbagai kemudahan teknologi yang dimiliki Australia. Malah, kita boleh menggunakan lokasi serta mendapatkan khidmat tenaga kerja serta pelakon Australia sendiri. 

“Kita juga dapat mempelajari banyak perkara tentang aspek teknikal serta cara pembikinan sesebuah filem. Dan, semua itu secara tidak langsung akan membantu untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan budaya kerja penggiat filem tempatan serta menaikkan taraf kualiti kandungan filem kita,” katanya.

Gambar: Twitter @FinasMY
Gambar: Twitter @FinasMY

Menurut Kamil Othman lagi, peluang untuk menembusi pasaran di peringkat antarabangsa juga terbuka luas kerana Screen Australia (badan yang berfungsi seperti FINAS di Australia) mempunyai rangkaian pengedaran filem yang sangat kukuh.

“Screen Australia juga memberikan peruntukan dana buat produksi filem. Begitu juga dengan FINAS. Jadi, pembikin filem kita boleh menggunakan dana daripada kedua-dua negara ini untuk menerbitkan filem.

“Melalui perjanjian usaha sama penerbitan filem ini juga, tiada masalah untuk produksi tempatan yang bekerjasama dengan pihak Australia untuk menayangkan filem tersebut menggunakan skim wajib tayang. 

“Ini kerana biarpun ia dilakukan secara usaha sama, namun ia tetap dianggap filem Malaysia apabila ia ditayangkan di Malaysia dan untuk produksi Australia pula ia tetap dianggap sebagai filem Australia bila ditayangkan di sana,” katanya. 

Jelas Kamil Othman lagi, idea untuk mewujudkan perjanjian usaha sama ini sudah dimulakan sewaktu dia mengemudi agensi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) iaitu sebuah lagi agensi yang berada di bawah KKMM.

“Menerusi MDEC, kita telah berjaya membangunkan industri animasi di Malaysia sehingga wujudnya animasi yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa. 

“Waktu itu, kita memang sangat-sangat menggalakkan produksi-produksi animasi ini untuk berkolaborasi dengan negara luar kerana kita perlu merangsang pemikiran mereka untuk terus berfikir secara kreatif dan cuba keluar dari kepompong zon selesa mereka. 

“Dan, saya sendiri pula berusaha untuk menyiapkan perjanjian usaha sama di antara Malaysia dan Australia untuk pembangunan animasi ini. Sebenarnya perjanjian ini digelar 'Treaty'. Tapi, apabila saya hantar ke Screen Australia, mereka menolaknya kerana mereka lebih mengiktiraf FINAS. 

“Oleh kerana saya tidak dapat berbuat apa-apa, saya menyerahkan perjanjian itu kepada FINAS dan selepas itu saya tidak tahu apa yang terjadi. 

“Apabila saya dilantik sebagai Ketua Pengarah FINAS pada 2014, saya telah diberi mandat untuk menyemak dan mengaktifkan semula perjanjian usaha sama tersebut. 

“Walaupun hanya baru sekarang ini menjadi kenyataan, ia cukup menggembirakan. Cuma saya agak kecil hati kerana setelah menyediakan perjanjian tersebut, saya tidak pernah dipanggil untuk sebarang perbincangan lanjut.

“Saya percaya selepas ini ramai yang tertanya-tanya, apakah langkah FINAS seterusnya selepas perjanjian usaha sama ini dikuatkuasa. Bagaimana mereka mahu melaksanannya? 

“Apakah, sudah ada produksi-produksi tempatan yang dilihat berpotensi untuk terlibat di dalam perjanjian usaha sama ini dan bagaimana mereka hendak berunding dengan pihak di sana (Australia)? ” soalnya kepada Getaran. - Getaran, 15 Julai 2021. 

Foto : Datuk Kamil Othman

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN