Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Afdlin Shauki Cabar Finas Adakan Undian Warga Yang Bantah Penganjuran FFM31

"Kalau hendak buat FFM31 secara maya, bagi saya itu bukanlah FFM kerana ia harus menjadi medan pertemuan di kalangan karyawan, penggiat filem serta selebriti untuk meraikan hasil kerja dan apa yang telah mereka sumbangkan kepada industri," - Afdlin Shauki

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 7:50PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Bukan kami yang tak faham tentang tujuan serta konsep penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31), tapi saya rasa Finas yang sebenarnya tidak faham bahawa betapa perlunya festival ini ditangguhkan sehingga waktu yang sesuai,” kata Dato Afdlin Shauki kepada portal Getaran. 

Produser, pengarah filem, pelakon dan pelawak ini berkata demikian sebagai membalas kenyataan Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid bahawa Finas tidak akan tunduk dengan desakan kelompok kecil yang membantah penganjuran FFM31 menerusi Kempen Boikot FFM31 .

Zakaria menyatakan pendirian tersebut menerusi beberapa akhbar tempatan termasuklah Kosmo! Pada 7 Julai lalu serta mendakwa bahawa gerakan tersebut hanya digerakkan sekelompok kecil dan bukannya mewakili suara seluruh penggiat industri tanah air. 

Mengulas mengenai dakwaan itu, Afdlin Shauki berkata, kelompok kecil yang dimaksudkan Tuan Pengerusi Finas situ sebenarnya bukanlah terlalu kecil, sebaliknya ia turut disokong beberapa penggiat filem serta golongan selebriti. 

“Kalau Finas rasa gerakan ini hanyalah sekadar kelompok kecil, saya cabar Finas buatlah suatu undian dan tengoklah sendiri berapa ramai yang bersetuju dan berapa yang tidak bersetuju. Kalau beranilah…

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita bukanlah mahu memboikot terus FFM31. Malah, kita berterima kasih bila Finas mahu adakan festival ini untuk meraikan hasil kerja penggiat seni dan selebriti filem. 

“Tapi, tangguhkanlah dahulu dan kita boleh buat festival ini dengan cara yang betul. Percayalah ramai yang akan setuju dan gembira jika Finas menangguhkannya. Lagipun sebelum ini pun, bukan kita tak pernah mengalami situasi tiadanya FFM selama beberapa tahun,” katanya. 

Menurut Afdlin lagi, Finas harus sedar bahawa warga industri perfileman negara kebanyakannya adalah dari kalangan B40. 

“Kebanyakan pekerja filem menjalani kehidupan kais  pagi makan pagi, kais petang makan petang dengan bersandarkan wang gaji harian sebagai punca pendapatan utama. 

“KWSP pun tiada. Nak minta i-Citra dan i-Lestari memang jauh sekalilah. Moratorium pun sebenarnya tidak membantu. Memanglah kita boleh tangguhkan bayaran selama tiga hingga keenam bulan yang pertama. Tapi, pada penghujungnya akan ada penambahan jangka waktu untuk bayar lagi dan ia tidak dicampur lagi dengan kadar faedah yang dikenakan pihak bank. 

“Moratorium ini turut memberikan kesan kepada pemilik syarikat macam saya. Di bawah syarikat saya Vision Works  (kini Petra Vision Works), saya tidak boleh memohon kerana saya adalah pemilik syarikat. 

“Kalau Finas mengambil kira semua ini dan benar-benar mahu membantu industri, pulangkan wang penganjuran FFM31 ini kepada MOF supaya ia dapat digunakan untuk keperluan warga industri perfileman yang benar-benar terjejas pada masa ini,” katanya. 

Mengenai Dana Kandungan Digital (DKD)  sebanyak RM46.99 juta yang diagihkan kepada 81 buah syarikat baru-baru ini, Afdlin sekali lagi memuji tindakan Finas itu dan menganggap ia satu usaha yang baik. 

“Namun, sekarang ini, syarikat nak shooting pun tidak boleh dan kita tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berlaku. 

“Setiap geran yang diberikan ini mempunyai milestone dan milestone yang pertama hanya membantu syarikat dan bukan membantu keseluruhan warga industri. 

“Jika milestone dianggap sebagai bajet permulaan untuk memulakan projek filem, apa sangat yang boleh dilakukan pada masa sekarang. Recce tidak boleh dibuat. Nak mohon SPP pun tidak boleh sebab kaunter ditutup. 

“Apa yang syarikat boleh buat dengan duit milestone yang pertama? Memang ia boleh digunakan tapi macam yang saya katakan ia hanya membantu syarikat untuk proses awal sahaja tetapi tidak membantu warga industri perfileman secara menyeluruh,” katanya. 

Sambung Afdlin lagi, setiap penganjuran FFM sebenarnya mempunyai propaganda terhadap agenda politik kerajaan. 

“Tidak kiralah kerajaan mana yang memerintah sekalipun. Tapi, hakikatnya ia memang mempunyai propagandanya sendiri untuk mencapai matlamat mereka dan penggiat filem serta golongan selebriti pula hanya berada di posisi kedua. 

“Untuk menyisipkan program berbentuk ilmiah itu bagus tetapi elemen pesta itu sendiri tidak dapat dielakkan kerana acara malam anugerah adalah suatu pesta. Apa yang dipaparkan di akhbar atau TV juga lebih tertumpu kepada acara malam anugerah.  

“Kalau hendak buat FFM31 secara maya, bagi saya itu bukanlah FFM kerana ia harus menjadi medan pertemuan di kalangan karyawan, penggiat filem serta selebriti untuk meraikan hasil kerja dan apa yang telah mereka sumbangkan kepada industri,” katanya. 

Jelas Afdlin lagi, tiada apa yang diharapkan warga filem pada ketika ini kecuali Finas peka dan prihatin dengan keadaan dan suasana pada masa sekarang. 

“Saya sebagai pelawak pun akui tidak ada mood untuk berlawak. Sebab saya tidak tahu apakah orang akan geli hati dan ketawa dengan lawak saya. Apakah mereka mereka boleh terima lawak saya? 

“Dalam situasi sekarang saya rasa ramai orang akan marah kalau FFM31 diteruskan. Netizen akan marah dan persoalkan mengapa kita mengadakan festival ini pada masa-masa sekarang. 

“Kalau Finas rasa kami tidak faham kenapa Finas mahu sangat-sangat buat FFM31 ini, tolonglah fahamkan kami kerana secara peribadi tuan pengerusi sebenarnya tidak menjawab apa-apa pun terhadap saranan solidariti anak seni,” katanya lagi. - Getaran, 9 Jul 2021.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran