Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Layla Majnun': Mengenang Cinta Tak Jadi Di Februari

Mula-mula teruja sungguh hendak menonton filem ini, tetapi selepas itu, alahai. Bacalah ulasan Wafa Awla tentang filem 'Layla Majnun.'

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 5:37PM

Gambar: Netflix

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Februari ialah bulan paling meriah untuk kita berbual tentang jatuh cinta. Menarik juga apabila pada bulan yang sama kita dihadiahkan buah tangan kisah cinta tak kesampaian Layla Majnun oleh Monty Tiwa di Netflix. Keputusan untuk mengangkat kembali sebuah karya klasik yang sudah dikenali ramai sebenarnya ialah sebuah langkah berani. Ini kerana, pengarah perlu memikirkan cara memastikan naskah mereka relevan dan berbeza daripada apa yang pernah dipersembahkan kepada khalayak sebelum ini.

Ada banyak versi menceritakan lagenda Layla dan Majnun. Namun versi paling popular ialah Layla seorang gadis cantik yang digilai seorang lelaki bernama Qaisy. Mereka berdua saling jatuh cinta sebelum terlerai di tengah jalan kerana dihalang oleh orang tua. Layla tidak boleh menemui Qaisy. Kerinduan membuat Qaisy membacakan bait puisi walaupun hanya di dinding rumah perempuan yang dicintainya. Dia diberi gelaran majnun yang bermaksud gila. Dia kemudian mengasingkan diri ke hutan sebelum akhirnya mendapat khabar bahawa Layla dinikahkan dengan seorang lelaki kaya dan berkuasa bernama Ibnu Salam. 

Menghimpun sejarah dan budaya

Monty menulis karya ini dengan membawa sejarah Layla Majnun tulisan seorang sufi dari Azerbaijan bernama Hakim Nizami pada abad ke-12 dalam latar Indonesia abad ke-20. Beberapa watak utama cinta tiga segi dalam filem ini memang dicerap daripada teks asal. Namun, untuk memastikan naskahnya sesuai dengan zaman, Monty menggantikan Qaisy dengan Samir, lakonan cemerlang Reza Rahadian, iaitu seorang pemuda dari Negara Api Azerbaijan yang jatuh cinta dengan Layla Mashabi seorang wanita asal Semarang, Indonesia. 

Kesungguhan pengarah untuk menghimpunkan dua budaya iaitu Indonesia dan Azerbaijan dalam filem ini wajar dipuji. Di awal filem lagi Monty memperkenalkan kita dengan bait dari Hikayat Seri Rama melalui seni wayang kulit yang terkenal terutamanya di Kepulauan Jawa. Dia kemudian menawarkan kepada kita tidak hanya sejarah dan budaya Azerbaijan, malah dialog puitis yang mengesankan. Tindakan untuk mengekalkan Samir berbahasa Azerbaijan membuat penonton lebih teruja sekali gus menjadikan filem ini terasa mahal sekali.

Jika teks asal Layla Majnun banyak menceritakan penderitaan cinta dari seorang lelaki. Monty menggerakkan cerita melalui kaca mata seorang perempuan. Beliau memberikan kita sosok Layla yang kuat, bijak dan berpendirian. Saya sangat tertarik dan menjangkakan filem ini pasti berbeza. Pasti ia bukan kisah cinta klise yang watak perempuannya akan menangis di bucu katil meratapi nasibnya sendiri kerana tidak dapat menikahi lelaki pilihan hati dan merintih, "Mengapa aku, Tuhan."

Cinta tak jadi 

Mungkin pengarah tak ingin membuat saya berasa teruja terlalu lama. Di titik alih plot, entah kenapa jalan ceritanya seperti bercempera. Sosok Layla yang kuat tiba-tiba menjadi seorang perempuan yang lemah dan penuh air mata. Dari seorang pensyarah muda yang semangat feminisnya berkobar-kobar tiba-tiba terpadam hanya kerana seorang lelaki. Langgam ceritanya terus menjadi longgar. Ada beberapa bahagian yang terasa ingin cepat selesai dan sudah dapat ditebak. 

Walaupun kisah utama dalam cerita ini adalah cinta tiga segi dan idea perjuangan Layla adalah untuk memastikan anak didiknya tidak bernikah dengan lelaki yang tak dicintai. Tapi saya sangat berharap ada gagasan baru yang diselitkan dalam perjuangan Layla selain urusan perkahwinan.

Apapun, Layla Majun adalah naskah yang menarik untuk ditonton ketika kita ingin mengenang kisah cinta yang tak jadi Februari ini. Rupanya ngilu luka kerana cinta memang perit dan telah lama diperkatakan sejak zaman Hakim Nizami lagi. Jadi, anda tidak sendiri. Selamat menonton Layla Majnun wahai geng  patah hati!

Isu Pada

Alvin Chong

13 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

The First Omen Merungkai Kelahiran Dajjal

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran