web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jayakan Watak Atlet Boling, Elisya Berlatih Sampai Lebam Kaki

Walaupun memiliki waktu yang singkat untuk berlatih, namun Elisya tetap komited menajamkan kemahiran bermain boling walaupun di set penggambaran.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 8:56AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Elisya Sandha mengakui giat melakukan latihan bagi menghidupkan watak seorang atlet boling kebangsaan menerusi drama bergenre sukan ‘Ratu Ten Pin.’ 

Demi menjayakan watak Norma yang handal bermain boling, Elisya tiada pilihan lain selain daripada mengupah seorang jurulatih khas untuk membantunya menguasai teknik permainan boling agar lakonannya tampil lebih realistik.

“Ini ialah inisiatif saya sendiri demi memastikan lakonan saya tak nampak kekok. Dalam drama ini pula saya akan bergandingan dengan Syaifatul Afifah yang memang merupakan pemain boling negara.

“Jadi, kemahiran permainan boling saya haruslah kelihatan setara sepertinya,” cerita Elisya semasa sidang media drama ‘Ratu Tenpin’ atas talian baru-baru ini. 

Walaupun memiliki waktu yang singkat untuk berlatih, namun Elisya tetap komited menajamkan kemahiran bermain boling walaupun di set penggambaran. Ia menjadi lebih bermakna apabila barisan pelakon juga dibimbing oleh bekas pemain boling dunia, Shalin Zulkifli semasa sesi penggambaran.

“Saya ada masalah kurang yakin untuk melontar bola. Maklumlah, masa untuk berlatih pun agak pendek. Mujurlah Shalin selalu memberikan dorongan dan sokongan kepada saya.

“Itulah sumber semangat sehingga saya percaya yang saya boleh lakukan. Mungkin kalau saya mempunyai lebih banyak masa untuk berlatih, kemahiran bermain boling saya akan jauh lebih baik,” tambahnya. 

Bercerita tentang pengalaman semasa penggambaran, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini mendedahkan dia berhadapan dengan kecederaan kecil apabila langkahnya terganggu semasa membuat lontaran bola sehingga menyebabkan lebam di bahagian ibu kaki. 

“Semasa latihan, saya sudah terbiasa menggunakan performance shoe dan performance ball. Namun, ada ketikanya saya melakonkan babak memakai house shoe yang memang sudah digunakan oleh banyak orang. Jadi, tapak kasut itu menjadi agak kesat.

“Bila saya melontar bola, langkah saya jadi terhenti dan terus bola itu terjatuh mengenai buku lali saya menyebabkan lebam. Nasib baik saya hanya mengambil masa dua hari sahaja untuk pulih,” kongsinya.

Pengalaman berlakon bersama bakal ibu mertua iaitu Sheila Rusli ternyata tidak jauh beza ketika dia berlakon dengan pelakon lain. Tidak ada sebarang layanan istimewa diberikan kepadanya. Jika ada kesilapan, Elisya tetap akan ditegur di dalam set.

Diusik mengenai persiapan perkahwinannya, gadis itu tersipu sebelum menyatakan persiapan perkahwinannya tergantung buat masa sekarang memandangkan kita masih berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Drama 16 episod ‘Ratu Ten Pin’ akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 28 Jun 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104). - Getaran, 3 Julai 2021

Sumber foto: Astro






 

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN