web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DCAM Wakili Suara Penggiat Seni Kandungan Digital

Pencipta Kandungan Kreatif Digital Malaysia (DCAM) ditubuhkan bagi menyatukan dan memajukan penggiat seni di seluruh platform digital.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 2:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada pertumbuhan kandungan digital yang melonjak naik sejak pandemik, Pertubuhan Pencipta Kandungan Kreatif Digital Malaysia (DCAM) ditubuhkan bagi menyatukan dan memajukan pengiat seni di seluruh platform digital.

“Jika kita tengok trend hari ini, ramai yang sudah mula menghasilkan kandungan digital di YouTube, Instagram dan Tik Tok memandangkan ia boleh menjadi salah satu daripada sumber pendapatan.

 “Dengan adanya ahli aktif melalui persatuan ini, saya harap kita dapat menghasilkan kandungan berkualiti, bermanfaat dan menghiburkan secara positif,” kata Presiden DCAM, Ghaz Abu Bakar semasa ditemui di sesi sidang media atas talian baru-baru ini. 

Menurutnya lagi, pertubuhan yang didaftarkan pada 27 April lalu ini sangat unik kerana ia mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja yang memiliki bakat mencipta, menerbit, mengarah dan menyunting apa-apa kandungan secara digital untuk bernaung di bawahnya.

Ahli DCAM yang terdiri daripada pemain industri kreatif ini dapat bergerak sebagai pemudah cara bagi pemula yang sedang mencari jalan untuk berada di dalam industri hiburan dan penyiaran.

Dengan adanya perkongsian secara terbuka, ia dapat membantu sesiapa sahaja untuk memperbaiki mutu kandungan digital masing-masing. 

“Pada bulan Ogos nanti, kami menjangkakan bakal mengadakan seminar yang akan mengumpulkan seramai mungkin pencipta kandungan digital untuk berbincang bagaimana kaedah untuk memajukan dan memasarkan kandungan mereka. 

“Bukan itu sahaja, pelbagai program telah kita atur untuk ahli DCAM iaitu webinar kelas filem pendek yang kita target ke Oscar. Peserta boleh hantar proposal mereka. Manakala 10 proposal terbaik akan kita persiapkan dan bentangkan di FINAS untuk dapatkan dana. 

“Selepas itu, barulah filem ini kita bawa untuk dipertandingkan di Festival Filem di Itali. Selain itu turut juga diadakan program 'Mai Ke Kelas' yang akan mengajar perserta tentang teknik penghasilan video,” jelas Esma Daniel selaku Setiausaha Kehormat.

Pencipta kandungan digital Malaysia dipelawa untuk menjadi ahli DCAM bermula hari ini. Borang permohonan keahlian DCAM boleh didapati pada laman sesawang www.dcam.my - Getaran, 25 Jun 2021







 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN