web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kru 'All Together Now Malaysia' Akan Dipanggil Ke IPD Putrajaya

Selepas menerima pelbagai reaksi selepas ditayangkan, ini adalah berita terkini tentang rancangan realiti 'All Together Now Malaysia.'

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 12:40PM

Antara para peserta episod pertama 'All Together Now Malaysia'. Gambar: Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kru yang terlibat dalam program hiburan televisyen pencarian bakat ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) termasuk 50 juri selebriti akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata siasatan polis dalam kes itu ialah berkaitan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Pemulihan) kerana tidak mematuhi SOP PKPP serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya siasatan awal mendapati penggambaran ATNM dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 3 hingga 11 Mac lepas dengan merujuk SOP Sektor Industri Kreatif - Acara Langsung PKPP yang berkuat kuasa ketika itu.

Mohd Fadzil berkata pihak penerbit program dikehendaki mematuhi SOP PKPP yang membenarkan rakaman berlangsung dengan kehadiran penonton tidak melebihi 50 peratus kapasiti serta mematuhi SOP berkaitan saringan kesihatan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Beliau berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai.

Program terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN