web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Susuk Rupawan: Dendam, Mistik Dan Rahsia Gelap Keluarga Elit Hantui Slot Samarinda TV3

Apabila dendam, cinta dan rahsia gelap bertembung, tiada siapa akan terselamat. Susuk Rupawan menjanjikan pengalaman tontonan yang menghantui emosi

Gaya Hidup Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2026 8:16PM

Barisan pelakon Susuk Rupawan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama bersiri terbaharu TV3, Susuk Rupawan, bakal menguji emosi penonton menerusi kisah dendam, trauma silam dan amalan mistik yang membawa padah. 

Dibintangi barisan pelakon muda berbakat termasuk Cahaya Nilam, Darien Aeldra dan Adam Lee, drama ini akan menemui penonton bermula 7 Januari nanti di slot Samarinda TV3.

Susuk Rupawan membawa kisah Dewi (Cahaya Nilam), seorang penari tradisional berusia lingkungan 20-an dari Johor, yang hidupnya berubah selepas berhijrah ke Kuala Lumpur dengan satu misi tersembunyi; membalas dendam terhadap lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Di sebalik wajah polos dan kelembutan tutur kata, Dewi sebenarnya menyimpan niat penuh perhitungan.

Dewi menyewa di rumah milik arwah Adli dan mula mendekati anaknya, Fadil (Darien Aeldra). Hubungan itu bukan sekadar kebetulan, sebaliknya menjadi laluan untuk Dewi merapati Zakri (Adam Lee), cucu kepada Tan Sri Halim (Shah Rezza), seorang tokoh korporat berpengaruh yang menyimpan dosa silam kerana pernah merogolnya bertahun lalu.

Rahsia Terbongkar, Mistik Mengganas

Ketegangan memuncak apabila Dewi berpindah tinggal bersama Fadil, Tan Sri Halim dan isterinya, Mala (Watie Sadali). Sejak itu, rumah mewah tersebut mula diganggu kejadian-kejadian mistik yang sukar dijelaskan. Kehadiran Dewi bukan sahaja mengganggu kesejahteraan keluarga itu, malah mencetuskan retak berpanjangan yang akhirnya membuka satu demi satu rahsia gelap masa lalu.

Kebenaran akhirnya terbongkar apabila Dewi didedahkan sebagai Nazimah, mangsa rogol Tan Sri Halim yang kembali dengan wajah muda hasil amalan ilmu hitam dan pemakaian susuk. Dendam yang dipendam bertahun-tahun kini menuntut balasan.

Konflik Cinta, Keluarga Dan Dendam

Apabila Fadil mengetahui hakikat sebenar tentang Dewi, dia berusaha menghentikan tragedi daripada terus berlaku. Namun segalanya sudah terlewat. Dendam yang telah berakar mula memakan korban, satu demi satu tragedi meragut nyawa dan kewarasan.

Mampukah dosa silam ditebus, atau dendam akan terus hidup walaupun jasad sudah tiada?

Menurut Adam Lee, watak Zakri memberikan cabaran emosi yang mendalam.

“Saya perlu menzahirkan konflik dalaman antara keluarga, cinta dan dendam yang membelenggu setiap tindakan Zakri. Proses penggambaran sangat mendalam dan emosional, tetapi pengalaman bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Cahaya Nilam dan Darien Aeldra benar-benar menyeronokkan. 

“Saya harap penonton dapat merasai kesan emosi yang ingin kami sampaikan,” katanya. 

Drama Sarat Simbolik, Visual Gelap

Menggabungkan elemen thriller, mistik dan pembalasan, Susuk Rupawan tampil dengan penceritaan mendebarkan, visual suram yang simbolik serta lagu tema ‘Sang Pelaku’ nyanyian Ameerais & Mariam, menjadikan drama ini lebih menghantui dan berbekas di fikiran penonton.

Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal secara penstriman di www.tonton.com.my atau menerusi aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat. - Getaran, 2 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

3

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

4

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?