web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Prebet Sapu Tercalon Anugerah Berprestij di Itali!

Far East Film Festival merupakan antara yang dinantikan oleh semua pembikin filem Asia kerana ia menjadi batu loncatan untuk membolosi industri perfileman Eropah.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 9:15AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan filem Geran memasuki pasaran Amerika Syarikat, kini sebuah khabar gembira sekali lagi dikongsikan apabila filem Prebet Sapu atau Hail, Driver! arahan Muzzamer Rahman telah terpilih untuk dipertandingkan di anugerah berprestij Far East Film Festival di Udine, Italy.

Anugerah ini merupakan antara yang dinantikan oleh semua pembikin filem khususnya negara Asia kerana ia menjadi batu loncatan untuk filem dari negara Asia membolosi industri perfileman Eropah. Terdapat 63 buah filem dari 11 negara terpilih untuk ditayangkan di panggung untuk edisi kali ini. 

Pihak produksi turut merakamkan penghormatan di atas pencalonan ini menerusi Facebook rasmi filem berkenaan. 

“Ini merupakan satu penghormatan bagi kami untuk menyertai festival filem yang ada tayangan, penonton, juri dan juga disertai oleh filem negara lain yang menarik.”

Prebet Sapu dilakonkan oleh Amerul Affendi dan Mei Fen Lim mengisahkan tentang kehidupan anak muda di tengah megahnya kota Kuala Lumpur. Ia merupakan filem hitam putih memandangkan watak utamanya iaitu Aman lakonan Amerul merupakan seorang lelaki buta warna yang mengembara ke kotaraya untuk mencari rezeki. 

Filem yang menelan belanja RM500,000 ini turut menampilkan pelakon handalan seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Roslan Madun, Nadiya Nisaa dan lain-lain. 

Antara filem Malaysia yang pernah ditayangkan di festival filem ini pada edisi lepas ialah One Two Jaga, Bunohan dan Roh. 

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) turut mengucapkan tahniah di atas pencapaian membanggakan itu. 

Hail, Driver! telah lulus Lembaga Penapisan Filem dan dijangka bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dalam masa terdekat. Syabas kami ucapkan kepada pasukan Prebet Sapu atas kejayaan ini dan selamat maju jaya!

Gambar: Facebook dan Instagram Prebet Sapu

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN