web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan J2, J Retribusi: Ketika Duit Adalah Tuhan Para ‘Anjing’

Penulis merasakan ini adalah filem aksi terbaik Malaysia yang pernah ditonton untuk tahun ini. Dari perjalanan cerita, skrip, pergerakan kamera, skor muzik, aksi dan pelakonnya semuanya cemerlang!

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Guna duit haram bayar penyangak kat luar sana. Anjing pun lagi suci dari kau.” 

Penulis terkejut mendengar dialog yang dilontarkan watak Taufik dalam filem aksi terbaharu J2: J Retribusi. Ia pedas, ganas tetapi bernas. Tidak ada siapa dapat menolak betapa berkuasanya seseorang jika memiliki wang yang banyak.  Mana tidaknya, dengan kekayaan yang dimiliki inilah mampu mempertingkatkan prestij kedudukan seseorang dalam kalangan masyarakat.

Kaya atau tidak adalah persoalan pertama. Dari mana datangnya kekayaan itu? Itu soalan kedua tetapi begitu langka untuk dibincangkan. Jika kita sibuk-sibuk bertanya atau mempertikaikan mana datangnya duit-duit itu, mulalah kita dituduh orang miskin yang dengki dengan rezeki orang lain. Seperti yang selalu dilakukan segelintir orang kaya jadian di Malaysia. Bagi mereka, halal haram itu soal kemudian, yang penting kaya walaupun harus menjadi anjing-anjing yang bertuhankan wang dan harta.

Filem J2: J Retribusi adalah sebuah filem sekuel blockbuster selepas J Revolusi yang pernah ditayangkan pada 2017. Memandangkan situasi pandemik yang membuatkan industri perfileman menjadi suram kerana semua terbatas untuk ke pawagam. Namun ada banyak alternatif lain untuk menonton filem tempatan hebat.

Kita harus bertepuk tangan apabila platform penstriman terbaharu Disney+ Hotstar muncul di tengah-tengah kelesuan itu. Beberapa karya anak tempatan diangkat sebaris dengan filem Hollywood termasuklah filem J2: J Retribusi ini. 

Ini adalah filem pertama yang penulis tonton semasa melayari laman penstriman itu kerana sedutan yang dimuatnaik seperti menjanjikan sesuatu. Nampaknya tanggapan itu tidak meleset sama sekali kerana filem J2: J Retribusi membuatkan penulis  melekat di depan layar skrin sepanjang tayangan hampir dua jam itu.

Sebagai orang yang menonton bagaimana sekuel ini bergerak, J Retribusi sememangnya berkali-kali lebih baik berbanding siri pertamanya.

Menurut penulis, filem arahan Nazrul Ashraff dan Nazim Shah ini layak dihargai lebih daripada sekadar filem aksi. Ia membawa kritik sosial salah laku wang haram yang terjadi dalam kalangan orang ada-ada. Menjadi kaya tidak semestinya mulia. Ada harga perlu dibayar seperti nyawa orang yang kita cinta. 

Penulis sempat jatuh hati dengan watak Nadi, anak kepada Datuk Hashim yang dijaga oleh Jay. Ia dilakonkan sangat cemerlang oleh pelakon cilik Ainin Batrisya. Filem ini benar-benar membuktikan betapa berharganya bakat Ainin dalam industri hiburan negara. 

Cinta dan kasih sayang antara Jay dan Nadi membuatkan filem ini mahal dengan perasaan syahdu yang tidak dipaksa-paksa.  Penulis skrip juga bijak menukar beberapa babak tegang di dalam filem ini menjadi jenaka. Jadilah filem ini tidak hanya kritik sosial dan aksi, malah lengkap dengan cinta dan humor.

Puas sekali menyaksikan bagaimana aksi sepanjang filem ini dipersembahkan. Tidak hanya tembak-menembak dan pukul-memukul seperti kebanyakan filem aksi yang lain. Jay Zulkarnain watak utama filem ini dibiarkan barai dengan babak letupan, berpaut pada hos bomba, dilanggar kereta, berlumba dengan bot di sungai dan banyak lagi aksi liar yang tak adil jika penulis bongkarkan semuanya dalam artikel ini.

Sebab itulah penulis agak berkerut dahi melihat baju-T Jay putih bersih tanpa setompok darah pun sampai ke hujung tayangan walaupun lepas dibalun penyangak dan berhadapan letupan.

Apapun, penulis tetap merasakan ini adalah filem aksi terbaik tempatan yang ditonton untuk tahun ini. Dari perjalanan cerita, pergerakan kamera, skor muzik, aksi, dan pelakonnya semuanya cemerlang.

Takziah juga diucapkan kepada arwah Ashraf Sinclair atas pemergiannya ke alam abadi namun telah meninggalkan kita semua dengan filem terakhirnya yang bermakna untuk dikenang.

Giliran anda pula untuk terpaku menonton filem ini yang  dipertontonkan buat kali pertama hanya di platform Disney+ Hotstar dan tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam di Malaysia. Tak sabar menantikan siri yang seterusnya! Syabas! - Getaran, 9 Jun 2021.

Foto kredit Goggler

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...

Filem & TV 3 jam yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.