web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Derita untuk Bahagia’ Ganti Slot ’Hati Yang Dikhianati’.

Selepas dihentikan penggambaran sebanyak dua kali gara-gara kekangan Perintah Kawalan Pergerakan, drama ini bertemu juga peminat di kaca TV.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini telah melibatkan sekatan pergerakan skala penuh bagi kebanyakan sektor ekonomi dan sosial termasuklah aktiviti penggambaran dan rakaman. Malah aktiviti rakaman telah dihadkan kepada rakaman dalaman studio rasmi yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan sahaja.

Justeru itu, salah satu saluran TV berbayar Astro iaitu  Astro Prima dan produksi telah mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang aktiviti penggambaran bagi drama bersiri ‘Hati Yang Dikhianati’ (HYD) yang sebenarnya kini masih ditayangkan. Keputusan ini sekaligus memberi kesan kepada slot jadual siaran drama tersebut dan terpaksa direhatkan buat sementara waktu.

“Melihat kepada peningkatan kadar kes aktif terkini yang berada dalam peringkat kritikal dan juga demi keselamatan semua, keputusan ini merupakan langkah terbaik untuk mengelakkan sebarang risiko. Selain itu, ia juga merupakan usaha proaktif kami untuk memutuskan rantai Covid19 di negara ini," menurut Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima,

“Pengalaman menghadapi situasi sebegini sejak arahan PKP pertama yang dilaksanakan tahun lalu, telah membantu kami untuk membuat persediaan awal sekiranya ia berulang kembali. Maka keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah sudah dijangka secara awal,” tambah Norzeha lagi.

Meskipun drama ‘HYD’ tidak dapat diteruskan mengikut perancangan asal, drama terbaharu ‘Derita Untuk Bahagia’ (DUB) yang telah mengambil alih slot tersebut tidak kurang hebatnya. Untuk pengetahuan semua, drama bersiri ini merupakan sebuah naskhah asal yang mengangkatkan tema kekeluargaan, persahabatan dan cinta. 

“Mungkin ramai tidak tahu, penggambaran drama ini telah dimulakan pada September tahun lalu dan terpaksa dihentikan sebanyak dua kali kerana berdepan dengan kekangan PKP. Walaupun demikian, ia telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama kreatif dan komitmen semua pihak yang terlibat. Selaras dengan itu, Ejump yang merupakan pengarah drama ini juga sanggup menyahut cabaran yang diberikan untuk berkarya di luar kotak dan zon selesa.

“Jadi, kami berharap agar drama ini dapat mengubati hati dan menghibur para pengikut setia Astro sekaligus diterima baik oleh rakyat Malaysia,” ulas Norzeha.

Drama 30 episod ini turut membintangi barisan pelakon yang hebat seperti Azar Azmi, Hafreez Adam, Amar Baharin, Marisa Yasmin, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Dian P Ramlee, Riezman Khuzaimi, Harieyanto Hassan, Dato’ Hilal Azman, Aida Othman, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Tambahan pula, single berjudul ‘Bangkit Semula’ nyanyian penyanyi popular Khai Bahar juga turut dijadikan sebagai lagu tema bagi drama bersiri ini. 


Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh menonton kisah ‘Derita Untuk Bahagia’, menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima atau menerusi aplikasi Astro GO dan On Deman untuk pilihan yang lebih fleksibel. – Getaran, 8 Jun 2021

Semua gambar: Astro




 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN