web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Aksi Pencak Silat Anak Tempatan Tembusi Pasaran Amerika Syarikat!

Pelakon utama 'Silat Warriors Deed of Death' melakonkan aksi mereka sendiri memandangkan masing-masing mempunyai pengalaman dalam dunia pencak silat.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 2:45PM

Gambar: Laman web Finas.gov.my dan Twitter @suka_filem

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah filem Geran yang mengangkat seni bela diri silat memenangi Anugerah Daniel A. Craft semasa Festival Filem Asia New York tahun lalu, nampaknya ia mula mencuri tumpuan lebih ramai penggiat dan pemerhati filem antarabangsa sehingga melayakkannya menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan tajuk yang dijenamakan semula iaitu Silat Warriors Deed of Death.

Filem arahan Areel Abu Bakar itu bakal menemui penonton di Amerika Syarikat menerusi platform penstriman atas talian Hi.YAH! Khabar baik ini tidak berhenti di situ apabila filem aksi ini juga bakal diterbitkan dalam bentuk Blu-ray untuk dipasarkan di negara Uncle Sam itu.

Merasakan filem di Malaysia lebih cenderung kepada genre romantik dan drama kekeluargaan, Areel Abu Bakar merasakan sudah masanya untuk dia menampilkan sesuatu yang baru dengan mempersembahkan filem aksi. 

Maka, untuk mewujudkan impian itu, Areel telah bekerjasama dengan pelakon lagak ngeri Azlan Komeng untuk memastikan setiap pergerakan silat yang ditonjolkan sepanjang filem ini adalah tulen dan mengesankan.

Silat Warriors Deed of Death mengisahkan tentang seorang pemuda liar bernama Mat Arip yang hidupnya suka berjudi.

Akibat kalah bertaruh dalam lumba kereta, dia telah membawa lari geran harta pusaka keluarganya untuk dicagarkan kepada ceti yang dikenali sebagai Haji Daud.

Untuk mencari kembali adiknya, mereka sekeluarga bertekad menggunakan seni bela diri silat yang dipelajari mereka sekeluarga untuk menebus kembali maruah keluarga mereka yang dipijak-pijak Haji Daud.

Apa yang lebih menarik tentang filem ini, ia dibarisi oleh pelakon Fad Anuar, Feiyna Tajudin, Azlan Komeng  yang melakukan aksi sendiri memandangkan mereka memang memiliki pengalaman dalam dunia pencak silat. Turut sama membintangi filem berkenaan ialah Namron, Faizal Hussein, Aeril Zafrel dan Fatimah Abu Bakar. 

Tahniah kami ucapkan kepada Geran atau Silat Warriors Deed of Death atas berita membanggakan ini! - Getaran, 30 Mei 2021

Isu Pada

Syafiq Kyle – Tentang Maskulin Toksik

29 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN