web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Bukan Nak Ajar Money Laundering,” Bila Siti Saleha Jadi Scammer

Saleha mengakui sepanjang memegang watak berkenaan, dia secara tidak langsung telah mendedahkan kepada umum mengenai kaedah serta strategi yang diguna pakai penjenayah sepanjang melakukan aktiviti haram ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 8:40AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari seorang pelakon yang kerap dilihat membawakan watak romantis, kali ini Siti Saleha tampil berbeza apabila buat pertama kalinya dia membawakan watak wanita licik dalam sebuah drama bersiri aksi berjudul ‘Scammer.’ Banyak juga pujian diberikan warganet sejak episod pertama drama berkenaan menemui penonton minggu ini. 

Menjiwai watak sebagai Amy iaitu seorang peguam bela penjenayah yang bersubahat untuk memindahkan duit kliennya dengan kaedah ‘cuci duit’, Saleha mengakui sepanjang memegang watak berkenaan, dia secara tidak langsung telah mendedahkan kepada umum mengenai kaedah serta strategi yang diguna pakai penjenayah sepanjang melakukan aktiviti haram ini.

“Sebelum ini, saya pun tak ada banyak pengetahuan tentang scam. Perkara ini sangat serius kerana ia satu jenayah. Kita dah dengar banyak isu scammer ini terjadi dalam masyarakat kita apa lagi secara atas talian. 

“Jadi, menerusi drama ini, kita cuba ketengahkan isu penipuan supaya lebih ramai orang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Apakah kaedah dan strategi yang digunakan oleh penjenayah?

“Kita nak didik masyarakat agar tak jadi mangsa dan bukannya nak ajar mereka untuk terlibat dengan money laundering,” kata Siti Saleha semasa ditemui di sidang media secara maya drama ‘Scammer’ baru-baru ini.

Menurutnya lagi, inilah kali pertama dia harus bersiap lebih lama memandangkan watak Amy memerlukannya berdandan, mengenakan solekan lebih tebal dan memakai kuku palsu. Semua itu dilakukan untuk menjayakan watak Amy.

Pelakon berumur 31 tahun itu turut menjanjikan plot penceritaan ‘Scammer’ akan menjadi semakin menarik dengan kewujudan beberapa watak lain yang dilakonkan oleh selebriti terkenal tanah air seperti Kamal Adli, Hasnul Rahmat, Didie Alias dan Arash Mohamad. 

Anda boleh menyaksikan drama arahan Norhanisham Muhammad ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11 malam di saluran Astro Ria. - Getaran, 27 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Astro Ria

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...