web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mark O’dea dan Thomas Riggs Semarakkan Pembelajaran Bahasa Melayu

Siri terbaharu dalam talian ‘Oh My Bahasa Malaysia’ bertujuan memupuk semangat belajar Bahasa Melayu dengan lebih baik.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 1:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin anda pernah melihat video-video Mark O’dea di YouTube atau di For You Page, TikTok anda. Kepada yang tidak tahu, Mark O’dea merupakan salah satu Youtuber sensasi di Malaysia dan mempunyai lebih daripada seratus ribu pengikut. Mark kini telah berpakat bersama rakan baiknya, Thomas Riggs (Tom) bagi mendedikasikan masa mereka untuk mempelajari Bahasa Melayu.

‘Oh My Bahasa Malaysia’ merupakan siri dalam talian terbaharu duo ini dan dilancarkan bagi mengikuti perjalanan mereka mempelajari bahasa ibunda kita selama enam bulan.

Duo ini berhasrat agar mereka dapat mempelajari dan memperbaiki pertuturan Bahasa Melayu mereka. Mereka turut meminta cadangan dari pengikut di laman sosial untuk memberi aktiviti yang boleh membantu mereka.

“Saya dan Mark sudah lama berniat untuk mempelajari Bahasa Melayu tetapi tidak berkesempatan sebelum ini. Pada minggu pertama perintah kawalan pergerakan, kami mengambil peluang ini untuk menghadiri kelas Bahasa Melayu secara dalam talian bersama cikgu di Johor Bharu.

Sebenarnya, kami berdua sudah bertahun tinggal di Malaysia, jadi kami rasa tiba masanya untuk pelajari bahasa ini. Kami berfikir ia akan lebih seronok jika kami mempelajarinya bersama,” kata Tom.

“Bagi saya, mempelajari Bahasa Melayu banyak membantu dan memudahkan kerja saya dalam industri hiburan. Sebelum ini saya tidak memahami apa yang diperbualkan oleh kru ketika berada di set. Saya tidak dapat memahami jenaka melayu dan berasa bersalah ketika mentertawakan sesuatu yang saya tidak faham. 

“Selain itu, sekiranya kami bercuti di kawasan perkampungan atau di pulau, saya tidak perlu lagi bergantung dengan rakan untuk memahami apa yang dibualkan oleh penduduk setempat,” jelas Mark.

Menurut Tom dan Mark, bercakap dalam Bahasa Melayu secara tidak formal atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak lebih mudah kerana apabila mereka tidak pasti untuk berkomunikasi, mereka boleh menggunakan bahasa campur seperti Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain.

Selain itu, antara cabaran yang mereka hadapi sepanjang mempelajari Bahasa Melayu adalah apabila seseorang itu bercakap dengan lancar. 

“Ini sedikit sebanyak memberi cabaran buat kami untuk memahami dan membalas percakapan mereka kerana kami masih baru dan belum betul-betul fasih menggunakan Bahasa Melayu,” kata Tom.

Tambah duo ini lagi, sepanjang rakaman berlangsung mereka berdepan dengan cabaran membahagikan masa belajar dan memilih logistik rakaman.

“Ia agak sukar bagi kami untuk fokus sambil menjalankan rakaman siri ini tetapi dengan izin Tuhan kami dapat mengeluarkan episod setiap minggu tanpa halangan,” ujarnya Mark. 

Tom juga berkongsi pengalaman pertamanya berpuasa semasa bulan Ramadan yang lalu.

“Ini merupakan pertama kali saya berpuasa dan merasai  nikmat berbuka setelah berlapar satu hari. Walaupun pada mulanya agak sukar tetapi dengan berpuasa saya lebih menghargai dan menikmati makanan yang ada,” katanya. 

Jika anda berminat untuk menonton siri ‘Oh My Bahasa Malaysia’ ini, anda boleh terus melayari saluran Youtube Mark O’dea.

Sumber Gambar: Mark O’dea dan Thomas Riggs

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN