web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Filem Tebus: Plot Twist Berganda, Pelakon Tidak Kekok

Memaparkan aksi lawan yang agak lincah dengan lakonan Ahirine yang semakin baik

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 8:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Plot twist berganda, itu yang boleh dikatakan mengenai filem Tebus arahan penerbit eksekutif Jason Chong yang memaparkan sebuah filem dunia kehidupan gelap dan percintaan

Filem lakonan Aedy Ashraf (Johan) dan Ahirine Ahirudin (Ana) sebagai tunjang utama ini berkisahkan tentang konflik sebuah keluarga dan kecekalan seorang abang untuk menyelamatkan nyawa adiknya, Jalil (Idan Aedan) yang memerlukan pembedahan pemindahan jantung.

Jason Chong bersama pelakon yang menjayakan Tebus
Jason Chong bersama pelakon yang menjayakan Tebus

Turut digadingkan pelakon Azhan Rani sebagai Bakar (bapa tiri Ana), yang merancang untuk menculik Ana, pewaris perniagaan barangan kemas dan menyonglap wang tebusan RM1 Juta serta membolot perniagaan keluarga.

Rancangan tersebut gagal apabila Johan yang diupah sebagai pengawal peribadi baharu untuk menjaga keselamatan Ana, menukar rancangan tersebut dan belot.

Pada mulanya, Ana yang mendengar rancangan Bakar sebelum diculik membuatnya menganggap Johan turut terlibat sama.

Namun, Ana terkejut apabila Johan sendiri yang meminta wang tebusan.

Ana yang kemudian menyedari tujuan Johan menculiknya, mengambil keputusan untuk berkomplot membantu Johan seterusnya menjatuhkan bapa tirinya itu.

Lakonan Ahirine yang semakin menyerlah dalam Tebus
Lakonan Ahirine yang semakin menyerlah dalam Tebus

Filem ini turut memaparkan aksi pergaduhan yang boleh dikatakan agak lincah ditambah lagi dengan lakonan Ahirine yang semakin matang memandangkan sebelum ini beliau dikecam kerana lakonannya terdahulu agak keras dan kaku.

Aksi dan babak romantik yang dilakonkan oleh Ahirine dan Aedy Ashraf juga tidak kelihatan kekok dengan kelihatan ada sentuhan di setiap babak manis antara mereka.

Sebagai penutup, penulis memberikan penilaian sebanyak 3.5/5 bintang berdasarkan jalan cerita yang memiliki elemen aksi, kasih sayang, kemanusiaan, empati dan berkenalan dengan ‘dunia gelap’ yang mantap.

Namun, penulis berpendapat, filem ini sepatutnya boleh ditambah nilai dari segi babak di setiap lokasi yang berlatar belakangkan Sarawak.

Seharusnya tempat menarik ini boleh dimanfaatkan untuk memanjangkan sedikit plot penceritaan selain daripada memperlihatkan keindahan bumi Sarawak.

Oleh itu, jangan terlepas menyaksikan Tebus edaran MyContent Distribution menerusi saluran Prime Video yang mulai ditayangkan pada 31 Ogos lalu dan nilai sendiri kehebatan filem ini. – Getaran, 14 September 2023

Sumber Foto: OPR NETWORK

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN