web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertama Kali Arah Filem, Adlin Aman Ramlie Angkat Isu Kekeluargaan Tentang Aktiviti Merewang Di Majlis Kahwin Orang Melayu

Adlin Aman Ramlie paparkan tradisi kerja kahwin Melayu dalam filem ‘Merewang Keluarga Pak Awang’ yang menggandingkan Zizan Razak dan Sabri Yunus sebagai teraju utama. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 2:30PM

Barisan pelakon filem Merewang Keluarga Pak Awang. - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sering berkongsi pentas dalam program-program realiti terkenal Malaysia, buat pertama kalinya Zizan Razak dan Sabri Yunus digandingkan sebagai teraju utama dalam Merewang Keluarga Pak Awang.

Bukan sekadar menampilkan jalan cerita yang dekat dengan masyarakat iaitu telatah dan momen dalam persiapan sesebuah majlis, Merewang Keluarga Pak Awang turut mengetengahkan elemen-elemen budaya tempatan dalam adat resam perkahwinan dari sudut busana, ragam hias, muzik dan tradisi merewang. 

Antara babak menarik dalam filem Merewang Keluarga Pak Awang. - Gambar Astro
Antara babak menarik dalam filem Merewang Keluarga Pak Awang. - Gambar Astro

Tradisi merewang iaitu aktiviti bergotong-royong di kampung menjadi satu kemeriahan dalam sesebuah majlis perkahwinan suatu ketika dahulu. Namun, aktiviti tersebut semakin hilang ditelan zaman. 

Selain Zizan Razak dan Sabri Yunus, filem ini turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Adriana Adnan, Fabian Loo, Watie Sadali, Emelda Rosmila, Emma Sofea serta Adlin Aman Ramlie yang turut bertindak selaku pengarah. 

Ini merupakan filem pertama arahan Adlin, manakala skrip oleh Amin Shakib dan cerita asal oleh Syahrul Imran Shariffuddin. 

Adlin yang sudah beberapa kali mengarahkan telefilem menjelaskan, pengalaman mengarahkan filem sungguh berbeza kerana ia perlu melalui bebeapa peringkat.  

“Pertama adalah ketika di fasa perkembangan watak dan penulisan; manakala fasa kedua ketika sesi penggambaran iaitu berdepan dengan faktor cuaca dan cabaran ketiga adalah di peringkat pasca produksi.”

“Visi saya adalah filem ini mampu berdiri sebagai naskhah ‘ensemble’ yang padat dengan jalan cerita dan watak unik. Selain itu elemen budaya rewang, muzik tradisi seperti ghazal serta budaya persandingan dan perarakan di Johor turut ditampilkan.

Saya menaruh harapan agar filem ini dapat diterima dan ditonton oleh segenap lapisan umur kerana ia dihasilkan untuk seisi keluarga. Saya juga berharap filem ini mampu menonjolkan sisi saya yang berbeza kerana saya memang suka mengarah dan menulis,” tambah Adlin Aman Ramlie.

Filem ‘Merewang Keluarga Pak Awang’ mengisahkan tentang pesara tentera yang berpangkat komander, Pak Awang ingin mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya secara besar-besaran. 

Dol iaitu seorang jejaka di kampung mereka cuba untuk menggagalkan perkahwinan tersebut dan telah melancarkan pelbagai helah yang menjadikan situasi majlis perkahwinan huru hara. 

Apa yang terjadi seterusnya? Saksikan filem ‘Merewang Keluarga Pak Awang’ Astro First mulai 15 Julai 2023.  – Getaran, 6 Julai 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 2 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN