web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon Utama Dedah Siapakah Perempuan Di Sebalik 'Girl From Nowhere'

Chicha Amatayakul bercerita lebih dekat tentang watak Nanno yang dibawanya dalam siri hit Netflix 'Girl From Nowhere'!

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 2:50PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya musim baru siri drama Thailand, ‘Girl From Nowhere’ telah mencuri perhatian warganet yang teruja menyaksikan plot sensasi serta percaturan gadis bernama Nanno.

Ia secara tidak langsung mengangkat nama pelakon utama watak berkenaan iaitu Kitty Chicha Amatayakul yang dilihat sangat serasi membawakan watak gadis misteri itu.

Sesuai dengan tajuk siri ini, Nanno merupakan seorang gadis yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Dia akan pergi ke sekolah di Thailand yang mempunyai pelbagai masalah sosial dan membongkar segala jenayah yang berlaku dengan caranya yang tersendiri.

Setiap episod memaparkan Nanno hadir dengan pelbagai strategi sekali gus membuatkan penonton bagai ketagih meneka teknik yang agak digunakan Nanno. Ia siri yang sarat dipenuhi kritikan terhadap moraliti serta pembalasan dendam.

Dalam satu temu bual Loukgolf’s English Room, pelakonnya  Chicha Amatayakul merasakan watak Nanno boleh diibaratkan seperti perasaan ego yang ada dalam diri seseorang. "Kita semua ada perasaan dendam dan marah terhadap sesuatu perkara yang tidak adil. Namun  secara realistiknya, memandangkan hidup ini ada aturannya, maka kita tidak boleh sesuka hati membalas dendam seperti apa yang kita mahu."

Bercerita tentang popularitinya yang semakin meledak setelah melakonkan watak Nanno, gadis berusia 28 tahun itu merasakan semua ini boleh dikatakan sebagai hadiah atas segala usaha dan kerja keras yang dilakukannya sebagai anak seni.

Musim kedua siri ‘Girl From Nowhere’ nampaknya lebih sensasi dan banyak menampilkan lebih banyak emosi. Karakter Nanno juga dilihat lebih berkembang sesuai dengan jalan cerita yang semakin mendebarkan. Ramai yang sudah berharap dan menantikan siri ini untuk musim ketiga. 

Memandangkan penggambaran musim kedua siri ini dilakukan pada Ogos tahun lalu, maka para peminat mula meneka-neka barangkali musim ketiga bakal ditayangkan di Netflix pada awal tahun hadapan. Namun begitu, masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Netflix. 

Jika anda sudah menonton siri ini, agaknya episod manakah yang menjadi kesukaan anda? - Getaran, 20 Mei 2021

Semua gambar: Netflix Malaysia



 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN