web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Memori Eidulfitri' Daripada Monsta Di Tempat Pertama Iklan Raya YouTube

Iklan raya animasi yang satu ini telah mendapat jutaan tontonan dan kongsian di YouTube dan Facebook. Bukan itu sahaja, ia turut ditayangkan di layar TV tempatan dan Indonesia!

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 2:45PM

Gambar: Tangkapan layar YouTube Monsta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Iklan Raya Monsta 2021 ‘Memori Eidulfitri’ yang dimuat naik di beberapa saluran rasmi Monsta YouTube Channel pada 7 Mei lepas, berjaya mengumpul organic views dengan jumlah tontonan tertinggi dalam YouTube sekali gus menempatkannya di tempat pertama dalam koleksi iklan raya tahun ini.

Iklan raya Memori Eidulfitri berdurasi empat minit setengah ini memaparkan adegan generasi keluarga BoBoiBoy pada pagi Syawal, dalam tiga rantaian masa yang berbeza.

Ia menceritakan perjalanan memori sewaktu Amato (Mechamato; ayah kepada BoBoiBoy) pada usia remaja, Amato yang sudah berumah tangga di usia dewasa bersama anaknya BoBoiBoy yang masih kecil dan adegan BoBoiBoy pada masa kini yang sudah pun meningkat remaja dan tinggal bersama datuknya.

Ketua Jenama dan Pemasaran Antarabangsa Monsta Faiz Zainal Aabidin dalam kenyataan berkata iklan ini sangat memberi kesan kepada penonton yang sedang melalui situasi yang seakan sama ketika musim pandemik yang kini menyukarkan lagi pertemuan sesama ahli keluarga dan sanak saudara.

“Rata-rata penonton tersentuh dan merasa hiba melihat kenangan mesra BoBoiBoy bersama ayahnya Amato, dan turut merasa kepiluan BoBoiBoy yang merindui ibu bapanya setelah bertahun tidak bersua muka.

“Iklan raya tahun ini secara tidak langsung merupakan hadiah istimewa daripada Monsta buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti kepada siri animasi tempatan BoBoiBoy dan Mechamato,” katanya

Kelainan yang dibawakan Monsta dalam iklan raya tahun ini ialah kemunculan dua watak wanita utama yang baharu iaitu Umi, nenek kepada BoBoiBoy dan juga seorang wanita misteri berjubah biru yang diberitahu adalah ibu kepada BoBoiBoy.

Sementara itu, dalam laman media sosial Twitter, tanda pagar #MemoriEidulfitri dan #BoBoiBoy berjaya memasuki bahan trending atau sohor kini di Malaysia dan Indonesia, sejam setengah selepas keluaran rasmi video tersebut.

Sehingga kini, iklan raya Memori Eidulfitri tersebut sudah mencapai 1.9 juta perkongsian menerusi Facebook rasmi BoBoiBoy.

Iklan raya ini juga telah mendapat liputan meluas daripada kumpulan media tempatan seperti Bernama, MalaysiaKini, Harian Metro, Astro Awani, Siakap Keli dan banyak lagi. Ia turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV3 dan Astro Ceria, serta disiarkan di stesen televisyen Indonesia RTV sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Menerusi adegan nostalgia dalam iklan raya Memori Eidulfitri ini, penonton juga dapat mengenali dengan lebih dekat watak Amato dan sebuah robot Power Sphera milik beliau bernama MechaBot. Animasi adiwira terbaharu ini bakal menemui penonton dalam siri animasi dan filem tersulung Mechamato, tidak lama lagi.

Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Gaya 2 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...