web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebaran Versi PKP Kurang Sendu Dengan Senarai Iklan Raya 2021 Ini!

Apalah erti hari raya tanpa iklan raya? Ada yang buat kita ketawa berdekah-dekah, ada yang mengundang juraian air mata. Ini pilihan iklan raya kami di Getaran. Anda suka yang mana?

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa hari sebelum lebaran, kita tak hanya sibuk mencari lemang atau kuih raya. Tapi kita juga akan sibuk menyumbang tontonan iklan raya yang dihasilkan oleh beberapa jenama produk dan syarikat tempatan di YouTube.

Sudah semacam tradisi rasanya netizan akan bercakap-cakap tentang iklan raya paling unik atau syahdu sehingga menjadi trending di laman sosial.

Kami di Getaran juga tidak ketinggalan untuk ikut teruja memikirkan bagaimana agaknya jalan cerita iklan raya yang dipersembahkan.

Jika anda belum menyaksikan apa-apa iklan, berikut kami senaraikan beberapa iklan yang menurut kami begitu menarik dan mendapat perhatian oleh warganet. Bolehlah anda tonton di pagi lebaran untuk mengurangkan kesenduan beraya di perantauan.

 

Mangkuk Tingkat Mak Teh

Iklan yang diterbitkan oleh jenama Saji ini pada awalnya menjadi bualan warganet kerana para pelakonnya bukan calang-calang, seperti Bront Palarae dan Fatimah Abu Bakar.

Namun, ia menjadi semakin hangat dibincangkan apabila terdapat seorang pengguna yang mendedahkan kisah ini rupanya diambil dari kisah benar.

Sebenarnya ini cerita yang agak terkenal di Gerik apabila seorang wanita bernama Saadiah Abdullah hampir 40 tahun mengayuh basikal dari rumahnya untuk menghantar kuih ke IPD Gerik sejak suaminya dibunuh komunis pada tahun 1975. Itulah cara yang dilakukan untuk mengubat kerinduan kepada arwah suaminya. 

 

 

Hikmah Raya Aida

Siapa yang mengikuti iklan Tenaga Nasional Berhad mesti dah kenal watak Aida. Beberapa tahun sebelum ini, tiket bas Aida lesap sebab masuk mesin basuh. Kali ini warganet berdekah pula menyaksikan keletah Aida menjadi pengusaha kuih raya.

Gaya suntingan dan jalan cerita iklan raya kali ini memang buat anda tak kering gusi. Tak peliklah kalau ia sudah mempunyai lebih dari satu ratus ribu tontonan dalam masa sehari ditayangkan.

 

 

Kerana Azman

Lain pula konsep dan juga tema yang dibawakan iklan Mr. DIY ini. Mengisahkan tentang seorang budak bernama Azman yang lahir dalam keadaan bisu.

Namun, Azman mempunyai sikap murni suka membantu orang lain. Ia kemudian menjadi ilham dan inspirasi sahabat karibnya untuk sama-sama menghulur tangan kepada yang memerlukan.

 

 

Syukur Raya

Iklan Petronas antara yang dinantikan banyak orang setiap tahun. Mana tidak, semuanya sedih dan menjentik hati sentiasa.

Namun, berbeza pula untuk kali ini apabila mereka  membuat satu-satunya iklan yang  dipersembahkan dalam bentuk animasi dengan watak bernama Poji. Bila dah raya di perantauan dan jauh dengan keluarga, jiran-jiranlah yang menjadi pengganti mereka untuk menceriakan hari-hari kita di pagi raya.

 

 

Dodol Pak Dollah

Iklan yang diterbitkan oleh Shopee ini menarik sekali apabila membawakan Datuk Jalaluddin Hassan. Lama tak tengok beliau di layar kaca.

Ceritanya tentang Pak Dollah yang teringin nak buat dodol air tangannya. Bila diajak anak-anak untuk buat dodol, banyak pula alasannya. Terpaksalah Pak Dollah acah-acah sakit. Bukan apa, itu sahaja cara nak bagi anak-anak teruskan tradisi dodol keluarga.

 

 

Pulanglah Nak

Iklan raya yang dibawakan oleh Mydin ini menampilkan pelakon ratu air mata Wan Maimunah menceritakan tentang stigma pesakit COVID-19 yang dikuarantin. Bukan itu sahaja, salah seorang pelakon dalam iklan ini juga memang merupakan bekas pesakit virus tersebut.

Iklan ini sangat indah menceritakan bagaimana kita sesama jiran perlu sentiasa menguatkan sesama kita di masa yang mencabar ini dan bukannya menjatuhkan.

 

 

Sesudu Kebahagiaan

Ini merupakan iklan raya yang terkenal kerana kontroversi membabitkan Tya Ariffin dan Fauziah Nawi. Satu video tular menyaksikan Fauziah merajuk untuk tidak meneruskan penggambaran kerana isu bayaran. Namun setelah  dipujuk dan ditenangkan Tya, ia berjalan seperti biasa dan terhasilkan iklan raya jamu milik Tya Ariffin ini.

 

 

Ini Iklan Raya Tau?

Julie’s membawakan iklan raya yang sangat unik dan lain dari yang lain. Dalam video berdurasi tiga minit itu menceritakan beberapa perkara-perkara klise yang selalu ada waktu hari raya. Jadi boleh dikatakan ini iklan raya yang mencabar beberapa status quo.

 

 

Salam Eid-Moji

Iklan yang dibawakan oleh Gamuda Land ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Amin yang selalu dibuli. Sebab itulah Amin tidak suka hadir ke sekolah. Cikgunya menggunakan emoji untuk mengajak Amin kembali belajar. 

Semua iklan memiliki keunikan dan mesej yang indah untuk menjadi pedoman kita semua. Berbanggalah kita kerana dikurniakan insan-insan berbakat menghasilkan iklan raya yang sebegini bermakna. Agak-agaknya, mana satu iklan kesukaan anda ya? - Getaran, 13 Mei 2021


Semua gambar: Tangkapan layar YouTube

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

3

TARA 2 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN