Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Big Stage 2023 Dibarisi 14 Penyanyi Solo Dan Juga Berkumpulan Termasuk ‘Dem Lepak Boyz’

Bakat daripada Malaysia yang akan bersaing dalam ‘Big Stage 5’ ini adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 5:01PM

Seramai 14 peserta akan mengambil bahagian dalam ‘Big Stage’ musim kelima yang akan bersiaran pada bulan depan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 14 peserta bakal bersaing bagi merebut gelaran juara dalam program realiti hiburan ‘Big Stage’ musim kelima yang bakal bersiaran pada Mei ini .

Program yang mengangkat bakat baru dengan jolokan, Budak Baru Nak Up (BBNU) ini akan terus mengambil peserta dari luar negara iaitu Indonesia, Brunei, Singapura dan Korea Selatan. 

Daripada 14 peserta yang mengambil bahagian, 10 adalah adalah bakat daripada Malaysia iaitu Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Buat julung kalinya juga, ‘Big Stage’ musim kali ini turut menampilkan peserta berkumpulan dan duo sebagai bintang yang akan bersaing bersama di atas pentas untuk memberi lebih ruang kreativiti dan versatiliti dalam setiap persembahan bagi merebut gelaran sebagai ‘Juara’ buat edisi terbaharu ini.  

Menariknya tahun ini, kerusi juri tetap bakal menjadi milik Aina Abdul selepas kemunculannya sebagai juri jemputan di pentas akhir ‘Big Stage’ musim lalu.

Kehadiran Aina sebagai juri ditemani seorang lagi juri tetap yang akan diperkenalkan di konsert minggu pertama.

Aina Abdul - Gambar fail
Aina Abdul - Gambar fail

Tugas sebagai pengacara turut diberi kepada wajah baharu iaitu, Kak Lina Pom Pom, bagi memeriahkan lagi transformasi ‘Big Stage’ musim kelima yang membawa tema pertandingan nyanyian yang didominasi bakat-bakat muda dengan membawa generasi ‘BBNU’.

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh menjelaskan, transformasi ‘Big Stage’ musim kelima ini adalah bagi memastikan setiap rancangan signature hak milik Astro yang sukses  akan kekal berdaya saing dan relevan dalam industri yang kian berubah.

“Antara Signature terbesar Astro, kami mahu memastikan kualiti produksi sentiasa tinggi dan pembaharuan yang dilakukan berada di atas penanda aras industri. 

“Oleh itu, kami telah melakukan beberapa perubahan besar dalam musim baharu ‘Big Stage’ termasuk pemilihan para peserta. 

“Antara peserta yang dipilih untuk menerajui musim kali ini mempunyai pengalaman yang extensive dalam industri seni tanah air khususnya nyanyian.

“Pemilihan mereka sejajar dengan apa yang kami inginkan iaitu memberi hiburan sepenuhnya kepada para penonton yang gemarkan rancangan nyanyian kami,” katanya.

Jelas Norzeha lagi, anak muda sekarang, gemarkan rancangan berunsurkan nyanyian yang kompetitif dengan pelbagai cabaran dan genre. 

Justeru itu, pihak Astro lantas memilih barisan peserta yang bakal merebut gelaran ‘Juara Big Stage 5’ daripada generasi BBNU yang berpengalaman, bijak dari segi persembahan serta multi-talented termasuk peserta berkumpulan dan duo daripada dalam dan luar negara. 

“Dengan keterujaan ini, kami berharap ia mampu melonjakkan posisi kami sebagai platform rancangan hiburan utama rakyat Malaysia serta dalam dunia hiburan. 

“Pembaharuan turut melihat kami memilih hos dan juga barisan juri baharu yang kaya dengan pengalaman dalam mengemudi acara-acara gah,” ujarnya.

Program yang mengangkat bakat baru dengan jolokan, Budak Baru Nak Up (BBNU) ini akan terus mengambil peserta dari luar negara iaitu Indonesia, Brunei, Singapura dan Korea Selatan. 
Program yang mengangkat bakat baru dengan jolokan, Budak Baru Nak Up (BBNU) ini akan terus mengambil peserta dari luar negara iaitu Indonesia, Brunei, Singapura dan Korea Selatan. 

Tambah Norzeha, istimewa menjelang ‘Big Stage’ musim kelima, sebuah program khas yang memaparkan barisan pesertanya buat pertama kalinya bakal ditayangkan  pada Syawal nanti iaitu pada 29 April dan 30 Jun. 

“Astro juga akan turut membawa sebuah rancangan iaitu ‘Big Stage Bootcamp’ yang  akan memaparkan sesi latihan intensif para peserta sebelum bermula konsert mereka di pentas ‘Big Stage’ nanti. 

“Setiap latihan serta cabaran adalah berkait dengan pertandingan ‘Big Stage’ serta pengalaman yang bakal mereka hadapi dalam industri hiburan. 

“Para peserta akan ditempatkan di sebuah rumah besar bergelar ‘The Big House’ dan di situ jugalah mereka akan belajar dan menerima cabaran-cabaran yang akan menyerlahkan lagi karakter mereka kepada penonton,” jelasnya.

Pentas pertama Big Stage bakal dibuka pada 7 Mei 2023 dan akan berterusan selama sepuluh minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Juara ‘Big Stage 5’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang RM30,000 dan RM25,000 beserta trofi, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM15,000, RM5,000 dan RM5,000 beserta trofi. - Getaran, 12 April 2023.

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Filem & TV 22 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis