web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Sarawak Dicari Untuk Hasilkan Poster Filem 'Sumpahan Jerunai'

'Sumpah Jerunai' menampilkan barisan pelakon terkenal dan berpengalaman antaranya Bront Palarae, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose dan Ruminah Sidek.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 5:01PM

Filem genre seram 'Sumpahan Jerunai' itu memaparkan kisah benar mengenai sejarah kaum Melanau berkaitan adat pengebumian bangsawan pada zaman sebelum pemerintahan Rajah Putih Sarawak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Penerbit filem seram Sumpahan Jerunai sedang mencari artis berbakat dari Sarawak yang dapat menghasilkan poster bagi filem seram itu sebelum ia ditayangkan kepada orang ramai hujung Julai depan.

Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd Dr Wendy Wong berkata poster yang terbaik akan diangkat untuk dipertandingkan di FIN Atlantic International Film Festival.

“Kita mahu menonjolkan bakat terpendam anak Sarawak di peringkat antarabangsa selain mahu mereka menghayati adat dan budaya salah satu kaum minoriti Sarawak yang kian dilupakan itu.

“Setakat ini enam buah institusi pendidikan tinggi (IPT) di Sarawak menyertai pertandingan poster filem ini dan Sekolah Seni Kuching juga turut menyertai,” katanya pada sidang media Pertandingan Poster Sumpahan Jerunai di sini, hari ini.

Enam IPT itu terdiri Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Technologi Mara, Segi University Sarawak, Cosmopoint College Kuching dan Limkokwing Institute of Creative Technology.

Filem genre seram Sumpahan Jerunai itu memaparkan kisah benar mengenai sejarah kaum Melanau berkaitan adat pengebumian bangsawan pada zaman sebelum pemerintahan Rajah Putih Sarawak.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif syarikat produksi itu Datuk Nancie Foo berkata pengambaran filem seram yang melibatkan budaya Melanau itu turut dilakukan di lokasi sebenar tiang Jerunai di Kampung Telian Mukah.

“Selain itu, kita juga menampilkan waris yang merupakan keturunan ketujuh bangsawan itu dalam filem ini bagi menghasilkan karya yang asli di samping melakonkan semula peristiwa berkenaan menggunakan kostum asal,”katanya.

Filem itu menampilkan barisan pelakon terkenal dan berpengalaman antaranya Bront Palarae, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose dan Ruminah Sidek. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

4

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...