web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem EVA: Kebenaran Kadangkala Jijik, Mengerikan

Filem Eva mula ditayangkan pada 26 Januari ini

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 8:00PM

Filem Eva – Take Me As I Am, karya sulung Suhaiza Aziz menceritakan bagaimana seorang peguam bernama Eva berhadapan masalah kesihatan mental Dissociative Identity Disorder. - Gambar ihsan D’Alpha Legacy

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada sebuah perasaan gembira menonton sebuah filem dengan genre psycho-thriller pada bulan Januari di tahun baharu. Berlainan sedikit dengan cerita seram dan romantis yang selalu mengisi jadual tayangan panggung. Tidak ada yang salah daripada mana-mana genre filem dihasilkan, cuma sedikit teruja menerima perbezaan daripada sentuhan anak tempatan. 

Filem Eva – Take Me As I Am merupakan sebuah karya debut pengarah wanita Suhaiza Aziz menceritakan bagaimana seorang peguam bernama Eva berhadapan dengan masalah kesihatan mental DID atau Dissociative Identity Disorder.

Eva membawa tiga personaliti berbeza di dalam tubuhnya iaitu seorang peguam, seorang gadis manja bernama Amy dan seorang lelaki ganas dan garang bernama Mike. 

Sepanjang menonton filem yang memenangi kategori Best thriller and suspense di acara bulanan Cannes Film World Festival ini, penonton dapat melihat lebih teliti bagaimana bercelarunya seorang perempuan yang terpaksa hidup dengan banyak personaliti. Dalam kata lainnya, masing-masing berebut sebuah tubuh. Masing-masing ingin lebih dominan, ingin lebih didengari dan berasa benar.

Eva membuka mata penulis melihat betapa hebatnya lakonan seorang Nadia Aqilah. Ketika membawa watak Eva, Nadia sekali gus membawa watak Amy dan Mike. Tidak mudah mengingat dan menukar emosi dengan tiba-tiba. Namun Nadia Aqilah bukanlah seorang pelakon biasa. Segala yang dipersembahkan sangat menjadi.

Bukan itu sahaja, Eva juga memberikan sebuah warna baharu kepada Nadia Brian yang sebelum ini banyak dilihat melakonkan watak seorang wanita penggoda. Nadia Brian ketika disarung sebuah karakter wanita bernama Elly yang tegas dan bijak dalam mengendalikan emosi Eva membuatkan lakonannya begitu menyerlah. Namun begitu, penulis sedikit keliru apakah pekerjaan sebenar Elly sehingga boleh memberikan khidmat kaunseling kepada seorang wanita lain?

Gambar ihsan  D’Alpha Legacy
Gambar ihsan D’Alpha Legacy

Sekarang, mari kita membincangkan alur ceritanya. Kerana filem ini terutamanya apa yang dibahaskan di dalam mahkamah diambil daripada inspirasi rantaian isu sebenar yang pernah dilalui peguam. Maka, beberapa bahagian filem ini mungkin menimbulkan rasa kurang senang terutama jika anda pernah menjadi mangsa gangguan seksual.

Act 1 filem ini dipenuhi dengan pembicaraan kes penderaan domestik dan keganasan rumah tangga. Sesekali ia sebenarnya menyindir, mengejek dan mencemuh kelompongan undang-undang di Malaysia yang gagal melindungi keselamatan wanita terutama selepas mereka berkahwin. Tidak sedikit kes wanita dipaksa melakukan hubungan seks walaupun dalam keadaan menahan sakit selepas melahirkan anak.

Begitu pula dengan trauma yang dihadapi oleh mangsa ketika harus menceritakan kembali satu persatu bagaimana kejadian rogol itu terjadi di hadapan hakim, peguam dan semua yang berada di dalam bilik pembicaraan. Suhaiza berjaya memilih kes, merakamnya melalui lensa dan menunjukkan kepada kita semua betapa jijiknya harga sebuah kebenaran.

Nadia Aqilah ketika membawakan watak Eva, seorang peguam handalan. - Gambar ihsan D’Alpha Legacy
Nadia Aqilah ketika membawakan watak Eva, seorang peguam handalan. - Gambar ihsan D’Alpha Legacy

Eva, seorang peguam yang sangat terkenal dengan kebijaksanaannya memutar belit fakta, cerita dan bermain sentimen di bilik mahkamah membuatkan ramai perogol sial berjaya terlepas dari muka pengadilan.

Namun, ketika karakter Mike mengambil tempat, dia memberontak, mencari kembali perogol yang dilepaskan Eva untuk dibunuh di dalam sebuah bangsal terpencil. Maka terciptalah sebuah bertembungan nilai yang tidak sedikit, kecelaruan perasaan dan emosi yang melanda Eva. 

Penulis tidak mahu memberikan spoiler apa yang bakal terjadi. Namun setiap penyakit mental bermula dengan sebuah tragedi. Eva melalui sebuah trauma panjang dalam kehidupannya yang tidak oleh penulis ceritakan. Namun ia sebuah kejadian yang meruntun perasaan apalagi ia pernah berlaku dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. 

Antara babak kontroversi yang ditampilkan dalam Eva: Take Me As I Am. - Gambar ihsan D’Alpha Legacy
Antara babak kontroversi yang ditampilkan dalam Eva: Take Me As I Am. - Gambar ihsan D’Alpha Legacy

Eva mungkin tidak sempurna kerana ada beberapa bahagian lewah dan penceritaan yang tidak jelas. Namun ia sebuah filem yang wajar untuk ditonton. Anda tidak akan senang di dalam panggung.

Ia memang sebuah filem yang dicipta untuk anda tidak senang duduk dan mungkin menyumpah seranah kerana dipaksa melihat sisi gelap masyarakat kita yang ada pada hari ini agar kita tidak mudah menghukum mereka yang bergelut dengan masalah kesihatan mental. 

Kerana filem ini mempunyai beberapa babak ganas dan mengerikan, ia diklasifikasikan dengan had tontonan umur 18 tahun ke atas. Eva sudah mula menemui penonton hari ini. Turunlah ke panggung dan bersedialah menonton perkara-perkara yang menjijikkan dalam sebuah kebenaran.- Getaran, 26 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu