web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenapa Perlu Potong Babak Rogol Itu? Ia Memang Jadi Dalam Masyarakat 

Filem EVA ini sudah melalui beberapa proses rujukan dengan pihak pakar termasuk ahli psikiatri dan juga peguam.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 4:13PM

Antara babak menarik dalam filem EVA. - Gambar ihsan D'Alpha Legacy

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem EVA, Suhaiza Aziz tidak ralat apabila filem sulungnya hanya dapat ditonton oleh pengunjung  berumur 18 tahun ke atas sahaja dan akur sekiranya ia mungkin memberi kesan kepada jumlah keuntungan.

Menurut Suhaiza lagi, pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) memberikan syarat babak rogol dalam dalam filem ini perlu dibuang sekiranya penerbit ingin menayangkan filem ini dengan klasifikasi umur 13 tahun ke atas.

“Kita nak tunjukkan, apa yang terjadi dalam filem ini memang berlaku dalam masyarakat. Contohnya babak rogol. Mengapa perlu potong sedangkan ia memang benda terjadi dalam kehidupan hari ini?

“Anak di rumah perlu kita lindungi dan apa kesannya sekiranya anak yang dirogol oleh bapa sendiri ini bila sudah besar. Mereka boleh alami penyakit mental. Jadi, kalau babak itu dikeluarkan, tak menjadilah filem ini. Mujurlah penerbit, D'Alpha Legacy faham dan tidak kisah sekiranya klasifikasi umur hanya 18 tahun,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan perdana filem EVA baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Suhaiza mendedahkan jalan cerita  filem ini sudah melalui beberapa proses rujukan dengan pihak pakar termasuk ahli psikiatri dan juga peguam. Hal ini penting bagi memastikan isu ini dapat dipersembahkan senyata mungkin kepada penonton. 

Tidak berhasrat untuk membuat mana-mana pihak berasa triggered, filem ini dihasilkan dengan tujuan memberi kesedaran kepada pesakit mental seterusnya mengajak orang ramai agar tidak mudah mengadili seseorang.

Babak dalam filem EVA yang diarah untuk dipotong oleh LPF. - Gambar ihsan D'Alpha Legacy
Babak dalam filem EVA yang diarah untuk dipotong oleh LPF. - Gambar ihsan D'Alpha Legacy

“Kita ingin bawakan isu yang sangat penting berkenaan kesihatan mental kepada masyarakat. Sekiranya faham mengapa seseorang itu menghadapi penyakit mental, kita tidak akan mudah menghukum seseorang. Semoga dilem ini dalam menyelamatkan lebih banyak nyawa. 

Bagi mengelak kesilapan fakta, kita juga mendapatkan nasihat daripada ahli psikiatri dan peguam,” tambahnya.

EVA menceritakan tentang seorang peguam yang menghidap Dissociative identity disorder (DID) akibat trauma sejak kecil. Eva mempunyai dua identiti lain iaitu Amy, seorang pakar forensik, dan Mike, seorang pembunuh.

Anak lelaki Eva cuba memahami dan membantu ibunya. Apabila Mike menjadi lebih kuat untuk mengambil alih tubuh Eva sebagai watak dominan meletakkan semua orang dalam bahaya.

EVA bakal menemui penonton bermula 26 Januari di seluruh pawagam tanah air. Antara pelakon yang menjayakan filem ini termasuklah Nadia Aqilah, Nadia Brian, Shamsul Danish, Ako Mustapha, Mimi Ernida, Shazia Ruzaini dan Azrel Ismail. - Getaran, 25 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...