web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banyak Kejutan, Didi & Friends The Movie Janjikan Animasi Hebat

Selepas 12 tahun mengukuhkan jenama sebagai antara siri animasi yang diminati ramai, akhirnya Didi & Friends bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 10:21AM

Barisan pelakon ‘Didi & Friends The Movie’. - Gambar ihsan Astro Shaw

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas 12 tahun mengukuhkan jenama sebagai antara siri animasi yang diminati ramai, akhirnya Didie & Friends bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini.

Diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), ‘Didi & Friends The Movie’ tampil berbeza dan menjanjikan animasi yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga penonton dewasa.

Video teaser Didi & Friends The Movie yang menampilkan kemunculan Didi berdurasi 30 saat telah dikongsikan pada 28 Disember lalu dan ia telah menerima reaksi positif daripada peminat dan penonton.

Sesuai dengan ayat di pengakhiran video tersebut ‘Melangkah ke dunia baru’ yang memberikan gambaran bahawa Didi & Friends The Movie adalah berbeza dari siri ‘Didi & Friends’ sebelum ini.

Bahkan, ia juga turut mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini.

Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk ‘Hora Horey’, ‘Manet’, ‘Torra’, ‘Percaya, Percaya Reprise’ termasuk ‘Hora Horey Instrumental’.

Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian berkata, pihaknya percaya kerja kolaborasi merupakan faktor yang sangat penting dalam penghasilan karya yang terbaik.

“Astro Shaw, antara perintis dalam industri perfileman, menjadi rakan strategik Warnakala Studios dalam penerbitan filem Didi & Friends ini. Selain itu, MDEC dan Digital Durian juga memberi sokongan sejak dari hari pertama Didi & Friends bermula.

“Saya juga amat berbangga dengan hasil sentuhan Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin sebagai Pengarah filem ini. Mereka berdua mempunyai kepakaran dan banyak idea kreatif dan saling membantu.

“Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) /Dewan Philharmonic PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu-lagu untuk filem ini, yang dipimpin oleh Saiful Ridzuan (Duan) sebagai Pengarah Muzik yang berbakat besar serta berpengalaman luas. Lagu-lagu ‘catchy’ dalam filem ini saya pasti bakal menjadi tular,” katanya.

Kembali kepada Didi & Friends The Movie, beberapa watak baru telah diperkenalkan yang menampilkan pelakon suara daripada selebriti terkemuka tanah air seperti Datuk  Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson (Kapten Zoey), Waris (Torra) dan Ruminah Sidek (Nek Kura), selain  barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain.

Didi & Friends The Movie juga mendapat sentuhan hebat daripada Saiful Ridzuan atau Duan selaku Pengarah Muzik, yang terdahulunya menjadi Pengarah Muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal.

Sebanyak 11 lagu telah dimuatkan dalam filem ini dan Duan telah menerajui rakaman tersebut termasuk dua lagu lain iaitu Irama dan Lagu serta Kapten Zee & Crew.

Termasuk  sebuah lagu yang bertajuk Luar Biasa, dinyanyikan dan digubah oleh penyanyi  komposer  Hael Husaini.

Turut dimuatkan lagu Kembali Bersama yang dinyanyikan kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.

Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain.

Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri.

Pada mulanya, Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam Dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra. Siapakah Torra?

Apakah penyakit yang dihadapi oleh Pak Beruang? Dapatkah Didi, Nana dan Jojo mendapatkan penawar tersebut?

Jawapannya di pawagam pada 23 Februari 2023. - Getaran, 24 Januari 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN