Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jika Dilihat Aspek Dosa Pahala, Wajarlah Filem Ini DIBATALKAN Tayangannya – Ustazah Asma’ Harun

“Sungguh, saya runsing memikirkan tentang trailer filem Pulau yang secara terang-terangan mempromosikan babak ‘soft porn’,” Ustazah Asma’ Harun.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 5:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu kontroversi trailer filem Pulau yang memaparkan babak aksi panas nampaknya turut mendapat perhatian pendakwah dan penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun. 

Dalam perkongsian di laman media sosialnya iaitu Facebook, Ustazah Asma mengakui rungsing memikirkan isu kontroversi trailer filem tersebut yang rata-ratanya mendapat kecaman daripada netizen. 

“Sungguh, saya runsing memikirkan tentang trailer filem Pulau yang secara terang-terangan mempromosikan babak ‘soft porn’ dan mempamerkan nilai budaya barat dan langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.

“Ia jelas menunjukkan filem ini berselindung di sebalik genre seram tetapi mempromosikan babak-babak panas yang memualkan,” katanya. 

Ustazah Asma' - Gambar Fail
Ustazah Asma' - Gambar Fail

Bahkan, dia menyelitkan potongan ayat Al-Quran dan menegaskan bahawa menonton atau melakonkan watak yang berunsur lucah adalah haram. 

Ia juga tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada yang ringan atau berat. Rasulullah SAW bersabda:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

Maksudnya: “Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk.”

(HR Tirmidzi, hadis sahih)

Imam al-Zahabi meriwayatkan daripada Ahnaf bin Qais:

جَنِّبُواْ مَجَالِسَنَا ذِكْرُ النِّسَاءِ وَالطَّعَامِ, إِنِّي أَبْغَضُ الرَّجُلُ يَكُونُ وِصَافًا لِفَرْجِهِ وَبَطْنِه

Maksudnya: “Elakkan majlis (perkumpulan) sesama kita daripada berbicara mengenai perempuan dan makanan. Sesungguhnya aku benci akan lelaki yang asyik berbicara mengenai seks dan keperluan perutnya.”

(Kitab Siyar A’lam al-Nubala’, m/s 64)

Ustazah Asma juga akui terkejut apabila apabila membaca respons yang diberikan oleh salah seorang pelakon filem tersebut yang mengeluarkan kenyataan, kalau ada yang tidak suka, tidak perlu tengok Pulau

“Tolong jangan ambil mudah tentang perkara yang terang-terangan merosakkan masyarakat khususnya generasi muda. 

“Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

“Jika budaya lucah sudah menjadi darah daging kanak-kanak seawal usia 5 tahun, adakah kita nak bertanggungjawab? Apatah lagi jika budaya jijik itu dilakukan oleh anak-anak kita sendiri?

“Para alim ulama, ibu bapa, pendakwah, ilmuwan, pakar motivasi, dan lain-lain berusaha keras mendidik anak-anak muda mengenai bahaya menonton pornografi akhirnya dikeluarkan filem yang mempengaruhi kepada aktiviti tidak bermoral ini. 

“Bukan kita tidak tahu kesan ketagihan pornografi, tetapi demi keuntungan dunia moral dan masa depan masyarakat sanggup DIGADAIKAN!

“Kebebasan berkarya perlu mengekalkan ketinggian budaya tempatan dan agama, walaupun pihak penerbit adalah dari kalangan bukan Islam. Kita tidak boleh berkompromi dengan mana-mana filem yang mempromosikan babak yang melampau, lucah dan berlebihan,” katanya. 

Jelas Ustazah Asma lagi, ramai penggiat filem negara telah berjaya menghasilkan filem berkualiti, mampu mendidik rakyat dan mendapat sambutan yang baik tanpa memaparkan babak tidak senonoh. 

“Menjadi penerbit atau pengarah filem dan mempunyai sumber yang banyak bukanlah tiket untuk melakukan apa sahaja yang diingini.

“Ingatlah, masyarakat melihat dan memerhati perkembangan industri perfileman Malaysia. Alhamdulillah kita dapat lihat sekarang ramai mempunyai kesedaran lalu MENOLAK filem atau drama yang membawa MESEJ NEGATIF. 

“Buat para penggiat seni, saya nasihatkan jika kalian ingin berjaya dalam industri ini, hidangkan karya yang menjaga sensitiviti budaya dan agama serta sarat dengan mesej yang baik kepada masyarakat.

“Sungguh, kalian bukan sahaja berjaya membawa perubahan ke dalam jiwa orang ramai bahkan turut didoakan dan mendapat pahala yang mengalir sampai bila-bila,” katanya. 

Tambah Ustazah Asma’ lagi, dia difahamkan ada dalam kalangan pelakon filem tersebut maklum akan wujudnya babak tidak senonoh tersebut tetapi memberitahu bukan dirinya yang melakukan babak tersebut.

 “Sekiranya benar pun ia tetap dikira bersubahat. Hasil keuntungan daripada tontonan masih tetap diberi kepada semua pelakon.

“Jika dilihat dari aspek dosa dan pahala maka wajarlah filem ini DIBATALKAN sebelum tayangannya pada bulan Mac nanti, mudah-mudahan mereka terselamat daripada dosa yang berterusan. – Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Video Perbualan Lucah: Mohammad Agus Akan Dipanggil Sekali Lagi - KPN

3

Semasa 5 bulan yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran