web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ia Bukan Filem Melayu, Tak Suka Jangan Tonton – Aziz M Osman Bagi Komen Pasal Isu Filem 'Pulau'

Berikutan respons warganet yang mendesak agar adegan itu ditarik balik dan diboikot, Aziz berpendapat tiada gunanya kerana ia sudah pun melalui Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 6:05PM

Aziz M Osman - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah dan pelakon Aziz M Osman mengingatkan masyarakat bahawa ada perbezaan filem yang dihasilkan dalam bahasa Melayu untuk penonton Melayu dengan filem bahasa Melayu untuk Malaysia bertujuan komoditi.

Berikutan klip adegan panas menerusi filem Pulau yang mendapat perhatian ramai sebelum ini, Aziz merasakan pihak produksi filem tersebut  percaya babak seperti itu akan menarik perhatian ramai orang untuk datang menonton filem tersebut yang juga sebahagian daripada strategi pemasaran. 

“Setiap filem mempunyai sebab ia dihasilkan, ada yang dibuat untuk menyampaikan mesej tertentu dan ada juga yang dihasilkan untuk komoditi. Bagi saya, Pulau ialah filem komoditi yang mereka percaya dengan mengetengahkan adegan seperti itu akan menarik lebih ramai orang menonton filem mereka.

“Stigma masyarakat kita pula, bila sesuatu filem itu berbahasa Melayu, kita anggap ia sebagai filem Melayu. Sedangkan, bahasa sahaja Melayu tapi filem ini adalah filem Malaysia. Jika ia filem Melayu yang pengarah dan pelakonnya Melayu, saya sendiri pun akan marah kerana ia tidak menjaga sensitiviti. 

“Namun, filem ini adalah filem Malaysia di mana kita tidak boleh nak halang. Ibarat kita pergi ke pasar raya yang ada jual arak. Kita tak boleh marah orang yang beli arak,” jelasnya ketika dihubungi Getaran.

Berikutan respons warganet yang mendesak agar adegan itu ditarik balik dan diboikot, Aziz berpendapat tiada gunanya kerana ia sudah pun melalui Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

“Filem ini sudah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Jadi kita tidak boleh untuk tahan atau halang filem ini daripada ditayangkan.

“Jika anda tak suka, dan anda berasa terguris, jangan tengok. Jangan hebohkan. Bila kita tak suka dan kita cuba sensasikan, itulah yang menjadikan ia tular dan mendapat banyak tontonan. Ia juga strategi pemasaran yang bijak. Lagi banyak kontroversi, lagi banyak dipercakapkan. Sedangkan, mungkin apa yang ada di sedutan itu  adalah satu-satunya babak panas yang ada dalam filem itu,” tambahnya. 

Terdahulu, sedutan filem Pulau arahan Euho menuai kritikan ramai apabila didakwa terdapat adegan berbikini dan elemen ‘soft porn’ dalam filem berkenaan. Pulau mengisahkan tentang sekumpulan pengunjung yang melanggar pantang larang di sebuah pulau terbiar. Mereka terpaksa berhadapan degan kejadian aneh yang boleh meragut nyawa. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...