Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kamal Adli Bertumbuk Sampai 4 Pagi, Bukti Dia Bukan Hero Kisah Cinta Semata-Mata

Kamal pernah terfikir kenapa beliau tidak pernah ditawarkan watak dalam filem aksi.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 8:00PM

Kamal berharap filem ini akan membuka mata lebih ramai penerbit untuk mempercayai kebolehannya menjayakan watak aksi. - Gambar dari Instagram Kamal Adli

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lama memendam keinginan, pelakon Kamal Adli akhirnya berjaya membuktikan kemampuannya menjayakan babak aksi dengan cemerlang walaupun penggambaran dilakukan sekitar jam empat pagi.

Kamal yang memegang watak sebagai Adam menerusi filem ‘Escape’ banyak terlibat dengan adegan tumbuk, sepak, pukul dan tarung dengan rakan pemain.

Antara babak yang mendapat perhatian adalah aksi lincahnya bergaduh di lorong sebuah hotel tinggal bersama-sama pembunuh upahan lakonan Pablo Amirul yang memegang kapak.

“Saya rasa projek filem ini benar-benar menguji kemahiran lakonan saya. Babak saya bersama-sama Pablo, kami lakukan pada jam empat pagi. Kami fight sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi aksi yang saya lakukan tapi mungkin atas faktor durasi, ia dipendekkan.

“Saya sudah lama nak buat filem aksi seperti ini. Kadangkala terfikir mengapa tiada siapa tawarkan saya filem aksi, adakah saya nampak seperti tidak berkebolehan?

“Jadi bila dapat sahaja filem ini, walaupun ia sebuah projek low budget, saya terima terus tanpa banyak berfikir,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan perdana filem ‘Escape’.

Sudah sering membintangi drama cinta, Kamal berharap filem ini akan membuka mata lebih ramai penerbit untuk mempercayai kebolehannya menjayakan watak aksi. Apalagi, Kamal rupanya mempunyai latar belakang seni pertahanan diri Taekwondo.

“Saya sudah 10 tahun buat cerita cinta. Semoga lebih ramai akan mempercayakan saya untuk buat filem aksi.

“Saya juga pernah belajar Taekwondo jadi asas berlawan saya sudah tahu sikit-sikit. Baru-baru ini saya ada menerima tawaran daripada produksi Indonesia untuk menjayakan sebuah filem aksi.

“Bagi mengasah kemahiran, saya sudah mula untuk jaga makan dan mendaftarkan diri ke kelas Muay Thai bagi mendapatkan stamina. Pendek kata dalam sebulan ini memang saya banyak bermain sukan,” tambahnya.

Filem Escape arahan Ikhwansha Hazer menceritakan tentang Adam yang diculik oleh sebuah kumpulan pengganas bernama Laskar Timur.

Adam mengalami fasa hilang ingatan dan tidak dapat mengingat keseluruhan insiden yang terjadi.

Lama-kelamaan ingatannya pulih mendorongnya menyelamatkan seorang perempuan bernama Eva lakonan Elizabeth Tan keluar daripada cengkaman Laskar Timur.

Filem ‘Escape’ mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia sejak semalam. - Getaran, 6 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Ini Kali Pertama Mengalami Perasaan Trauma Hingga Kurung Diri – Kamal Adli

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyerang Kamal Adli Tidak Dibenar Ikat Jamin

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV 5 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 21 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran