web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ini Kali Pertama Mengalami Perasaan Trauma Hingga Kurung Diri – Kamal Adli

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli itu berkongsi dia masih tertanya-tanya apa punca individu terbabit berbuat demikian dan mahukan jawapan sebenar daripadanya

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 8:20AM

Kamal Adli - Gambar oleh Rubini Nagarajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas insiden diserang dengan cota besi oleh seorang lelaki tidak dikenali di Singapura, pelakon Kamal Adli mengakui dirinya mengalami trauma sehingga takut dan bimbang untuk keluar rumah serta hilang kepercayaan terhadap orang di sekeliling.

Menurut Kamal, insiden yang menyebabkan dirinya perlu menjalani pembedahan di bahagian kepala itu, banyak mengubah dirinya terutama apabila berada di khalayak awam.

“Saya tidak pernah rasa trauma sebelum ini, tapi bila kena baru tahu rasanya bagaimana. Saya jadi takut untuk keluar rumah dan tidak membuat apa-apa hantaran di media sosial.

“Rasanya sangat tidak seronok disebabkan saya lebih banyak duduk di rumah. Saya mudah takut apabila berhadapan dengan orang ramai.

“Pergi bazar Ramadan lalu pun saya cepat-cepat beli makanan dan segera pulang ke rumah. Bagaimanapun, saya perlu tangani perkara ini sebab masih perlu bekerja dan menjadi diri sendiri seperti dahulu,” katanya kepada Getaran.

Kemunculan sulung Kamal berdepan dengan media selepas menghabiskan masa kira-kira dua bulan berkurung di rumah sebagai langkah berhati-hati
Kemunculan sulung Kamal berdepan dengan media selepas menghabiskan masa kira-kira dua bulan berkurung di rumah sebagai langkah berhati-hati

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Mega Spontan 2023 di sebuah hotel, di sini.

Malah, ini acara itu juga merupakan kemunculan pertama suami kepada pelakon Uqasha Senrose berdepan dengan media selepas menghabiskan masa kira-kira dua bulan berkurung di rumah sebagai langkah berhati-hati.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli itu turut berkongsi dia masih tertanya-tanya apa punca individu terbabit berbuat demikian serta mahukan jawapan sebenar daripadanya.

Tambahnya dia teringin untuk mengetahui motif sebenar individu berkenaan menyerang hingga dirinya cedera di kepala, muka dan bawah mata.

“Saya memang mesra dengan semua orang selama ini. Jadi, semestinya saya terkejut apabila dipukul dengan cara ini.

“Saya ada tanya, kenapa saya dipukul. Namun, dia hanya senyap tanpa apa-apa jawapan. Disebabkan itu saya tidak berpuas hati dan polis tidak menjelaskan secara terperinci, cuma menjelaskan ia adalah isu peribadi saja.

“Saya hanya menunggu perbicaraan nanti dan berharap dapat sesuatu yang ditunggu-tunggu. Kalau diberi pilihan saya memang tak mahu pergi ke sana (Singapura) buat sementara waktu kerana masih belum hilang trauma.

“Namun kalau diperlukan, saya akan beri kerjasama. Sebagai mangsa, saya memang mahu pelaku itu diadili dengan hukuman setimpal,” ujarnya.

Kamal Adli mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi di Singapura pada 13 Mac lalu - Gambar Fail
Kamal Adli mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi di Singapura pada 13 Mac lalu - Gambar Fail


 

Terdahulu, bintang siri 'Black' mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi di Singapura pada 13 Mac lalu.

Kamal kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan dan menjalani pembedahan. 

Dalam perkembangan lain, Kamal bakal muncul sebagai salah seorang mentor bagi rancangan Mega Spontan 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (saluran 107). – Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyerang Kamal Adli Tidak Dibenar Ikat Jamin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN