web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cinta Nabila Razila Dirampas Rakan Baik Sendiri, Membuatnya Sangat Berjauh Hati

Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd diinspirasikan daripada novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea ini bakal bersiaran menerusi slot Akasia TV3 bermula esok. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 12:00PM

Nabila Razali memegang watak sebagai Nabila Aula dalam ‘Kerana Cinta Itu Ada’

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pepatah bijak pandai ada mengatakan bahawa musuh yang paling utama adalah orang yang paling terdekat dengan diri kita.

Begitulah yang dialami oleh Nabila Razali apabila rakan baiknya sendiri sanggup merampas cintanya daripada lelaki yang cukup disayanginya.

Nabila Razali yang memegang watak sebagai Nabila Aula dalam drama bersiri ‘Kerana Cinta Itu Ada’ telah berdepan dengan pelbagai ujian sehingga perkahwinannya dengan Tengku Aisy (Aedy Ashraf) terpaksa digadaikan.

Apabila kebenaran itu timbul? Masihkah ada peluang bagi Nabila Aulia dan Tengku Aisy untuk kembali menemui sinar bahagia?

Aedy Ashraf memegang watak sebagai Tengku Aisy.
Aedy Ashraf memegang watak sebagai Tengku Aisy.

Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd diinspirasikan daripada novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea ini bakal bersiaran menerusi slot Akasia TV3 bermula esok. 

Diarahkan Azri Izhar dan penghasilan skrip oleh Sophilea dan Zarihah Hassan, ia turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Anas Ridzuan, Datin Emelda Rosemila, Edika Yusof, Mas Anizan, Dian P Ramlee, dan ramai lagi.

Ia bermula dengan pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dengan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf)  di kedai bunga hingga mencetuskan pergaduhan kerana mereka berebut bunga Lily di kedai bunga.

Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dengan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosmila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya.

Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan berusaha tinggalkan Dahlia.

Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional.

Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella.

Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya.

Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri?

Saksikan drama bersiri ini! Drama bersiri ini juga dan boleh distrim secara langsung di www.tonton.my, yang akan bersiaran pada setiap hari, jam 7.00 malam bermula 2 Januari. - Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nabila Razali Bijak Menyimpan, Kini Miliki Kediaman Cecah Jutaan Ringgit Hasil Titik Peluh Sebagai Penyanyi

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Adegan Nabila Razali Cium Tangan Aedy Ashraf Dalam Drama 'Kerana Cinta Itu Ada' Dikecam Netizen 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Selepas Keisya Levronka Nabila Razali Pilih Khai Bahar Jadi Pasangan Duet Lelaki Pertama 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Nabila Razali Sambung Semula Kisah Cinta Dengan MK Dalam ‘Aku Terluka’ 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN