web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tempoh Perkhidmatan Saya Sebagai Pengerusi FINAS Hanya Dipendekkan - Zurainah Musa

Untuk rekod, tugas Zurainah sebagai Pengerusi Finas dilapor ditamatkan serta-merta pada 8 Disember lepas. Kontrak beliau, yang bermula pada 10 Jun lepas, sepatutnya tamat pada 9 Jun 2024.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 8:05PM

Zurainah Musa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Senator Datuk Seri Zurainah Musa mengesahkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hanya dipendekkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.

Zurainah dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau sudah menerima surat berhubung perkara itu daripada Pejabat Menteri Komunikasi dan Digital serta ia selaras dengan kuasa Menteri di bawah Sekyen 4(2) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

"Sebagai menteri baharu, perkara ini merupakan prerogatif beliau (Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil) dan saya memahami bahawa sebagai pucuk pimpinan baharu di kementerian, beliau akan mempunyai visi serta cara kerja sendiri yang ingin dibawa dan memerlukan sokongan ahli pasukannya sendiri," katanya.

Untuk rekod, tugas Zurainah sebagai Pengerusi Finas dilapor ditamatkan serta-merta pada 8 Disember lepas. Kontrak beliau, yang bermula pada 10 Jun lepas, sepatutnya tamat pada 9 Jun 2024.  

Beliau turut menjelaskan tindakan Kementerian Komunikasi dan Digital itu tidak ada kaitan dengan tohmahan sesetengah pihak bahawa terdapat penyelewengan dana FINAS.

Minggu lepas, media tempatan melaporkan dakwaan bekas Ahli Perbadanan FINAS Datuk Seri Eizlan Yusof bahawa tindakan memendekkan tempoh perkhidmatan Zurainah itu ada kaitan dengan isu penyelewengan dana projek Pameran Hantu anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).

Zurainah juga berkata beliau sedia membantu bakal penggantinya untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam industri filem antaranya berkaitan isu kebajikan ahli industri terutama kru filem yang berada di tahap kritikal.

"Kita perlu memastikan mereka bukan hanya dilindungi oleh skim perlindungan insurans sosial (seperti Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial) malah kita perlu menangani isu gaji yang adil dan setimpal bagi mereka," katanya.

Beliau berkata kepimpinan baharu agensi itu juga perlu menekankan keperluan tersebut dalam bajet Kerajaan Perpaduan.

"Kita perlu juga mengkaji cara untuk mendapatkan institusi-institusi kewangan untuk memahami industri ini serta memperkenal kemudahan pembiayaan yang tidak membebankan bagi memastikan kemampanan industri secara menyeluruh dan supaya ia tidak hanya bergantung kepada geran kerajaan," katanya.

Selain itu, Zurainah berkata usaha mempromosi negara ini sebagai destinasi penggambaran filem antarabangsa perlu dipandang serius supaya industri perfileman Malaysia tidak ketinggalan. - Bernama

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN