web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Janji Tetap Janji! Pelakon, Kru Terima Royalti 5 Kali Ganda

Menerusi kemas kini laman Twitter rasmi Kuman Pictures, mereka telah berjaya membayar royalti kepada pelakon dan kru yang terlibat dalam pembikinan filem-filem mereka selama ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 9:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai orang industri yang sesak semasa musim pandemik ini. Baik dari pihak rumah produksi, pelakon, kru sehinggalah pempamer. Namun sedikit demi sedikit kelonggaran yang diberikan membolehkan semua pihak bernafas lebih lega.

Dalam situasi ini, kebijaksanaan syarikat penerbitan untuk menjual karya boleh menentukan isi pinggan orang-orang industri.

Terbaharu Kuman Pictures yang terkenal sebagai syarikat bajet rendah yang banyak menghasilkan filem seram dan suspen berkongsi sebuah khabar gembira. 

Menerusi kemas kini laman Twitter rasmi syarikat tersebut, mereka telah berjaya membayar royalti kepada pelakon dan kru yang terlibat dalam pembikinan filem-filem mereka selama ini.

Bagi filem Two Sisters, kru dan pelakon baru sahaja menerima royalti pusingan kedua iaitu hasil jualan filem tersebut pada Disember 2019 hingga November tahun lalu. 

Apa yang lebih menggembirakan, jumlah royalti yang diterima mereka adalah lima kali ganda lebih banyak berbanding bayaran pada pusingan pertama. Ini kerana, kutipan melalui stesen TV jauh lebih menguntungkan berbanding pawagam.

Beralih pula kepada filem ROH. Royalti pusingan pertama telah diedarkan kepada pelakon dan kru. Mereka menjangkakan kutipan lebih meriah bakal diterima pada pusingan kedua nanti. 

Manakala royalti untuk filem IRUL Ghost Hotel masih dalam proses memandangkan filem itu masih ditayangkan di Astro First sehingga 16 Jun ini. 

Sekiranya anda ingin membantu merancakkan industri kreatif tanah air, anda masih boleh menonton filem yang dihasilkan anak tempatan kita sebagai tanda sokongan. 

Apapun, para pelakon dan kru bolehlah tersenyum lebar menerima wang hasil titik peluh mereka selama ini. Sesungguhnya inilah berita gembira yang hadir kepada orang-orang industri kita dalam kemelut yang sedang melanda dunia. Tahniah! - Getaran, 22 April 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Filem Tempatan Banyak Potensi, Kena Berani Cuba Yang Baharu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

3

Muzik 2 tahun yang lalu

KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Selepas Malaysia, Filem 'Sumpahan Malam Raya' Terbang Ke Brunei Dan Singapura

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...