web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sakit Gout Tak Halang Asheed Berjuang Di Pentas GV, Reda Tersingkir Di Peringkat Suku Akhir

Asheed mengakui faktor kesihatannya yang menghidap sakit gout sejak 20 tahun lalu mungkin membataskannya untuk menyanyikan lagu yang lebih mencabar.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 11:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Asheed Def Geb C yang tersingkir pada konsert kesembilan malam tadi mengakui tahap kesihatannya yang kurang baik menjadi punca kenapa dia tidak dapat menyanyikan lagu yang lebih mencabar.

Pada malam konsert kesembilan itu, Asheed menyampaikan lagu Lena Diulit Intan dendangan asal kumpulan Wings.

“Mungkin saya tak berapa bijak dari segi pemilihan lagu. Mungkin juga disebabkan faktor kesihatan saya membuatkan saya tidak boleh menyanyikan lagu yang mencabar sangat,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

Menurut Asheed lagi, ramai yang tidak tahu bahawa dia mempunyai masalah sakit gout sejak 20 tahun yang lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kaki.

“Saya masuk GV ini baru orang tahu saya ada sakit gout. Saya dah ada sakit ini sejak album kedua Def Geb C. Sebelum ini, kadang-kadang dalam sebulan saya akan terlantar selama tiga empat hari.

“Tetapi semangat saya yang bantu untuk saya mengharungi tempoh dua bulan di sini. Sejujurnya saya pun tak sangka saya boleh sama-sama dengan peserta lain selama dua bulan ini ikut jadual yang ditetapkan yang agak ketat. Saya rasa ada hikmah saya dapat masuk GV ini,” katanya.

Ditanya adakah dia kecewa apabila perjuangannya terhenti di peringkat suku akhir, kata Asheed perasaan itu langsung tidak terlintas di fikirannya.

“Saya tak kecewa kerana saya telah dapat apa yang saya inginkan dalam pertandingan ini. Selama saya menjadi penyanyi, saya tak pernah terima komen tentang nyanyian saya. Itu salah satu sebab saya masuk GV. Saya mahu juri komen nyanyian saya. Banyak yang telah saya belajar sejak masuk GV.

“Adat dalam pertandingan ada yang menang dan kalah. Selama hayat saya, baru dua kali saya sertai pertandingan. Kali pertama sewaktu di sekolah dulu. Mungkin saya kurang pengalaman dalam pertandingan. Tetapi apa yang saya lalui di GV9 ini saya puas hati.” kongsinya.

Pada malam konsert itu Shila Amzah muncul sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi dari juri iaitu sebanyak 85.30 peratus selepas membuat persembahan penuh bertenaga menyampaikan lagu Survivor dari Destiny’s Child. Tempat kedua pula disandang oleh Hazrul Nizam yang memukau dengan lagu tema filem James Bond iaitu Writing On The Wall dendangan asal Sam Smith dengan markah sebanyak 81 peratus.

Tempat ketiga menjadi milik Jaclyn Victor (80.5 peratus), dikuti Bob Yusof (79.7 peratus), Dina Nadzir (77.80 peratus), Fuad Rahman (72.7 peratus), Tomok (67.3 peratus), VE (64.2 peratus) dan Asheed (58.6 peratus).

Untuk konsert separuh akhir nanti, kesemua peserta yang tinggal akan menyampaikan dua buah lagu termasuklah satu lagu duet sesama peserta. - Getaran, 14 November 2022

Foto : Astro/AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Mohon Hentikan Semua Kenyataan Yang Berbaur Tohmahan Dan Tuduhan - Zaf VE 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ramai Tak Puas Hati Hazrul Nizam Dapat Nombor 6, Ini Penjelasan Juri Tetap

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ramai Tak Puas Hati Hazrul Nizam Dapat Tempat Keenam Di Final GV9 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN