web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Acha Dipuji Comel Pakai Tudung Gaya Azizah, Peminat Tak Sabar Perjalanan Anwar Ibrahim Difilemkan

Acha difahamkan bakal membawakan watak isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi filem biografi bertajuk Anwar.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 12:04PM

Acha merakam kenangan bersama Farid Kamil yang membawa watak Anwar Ibrahim. - Gambar Instagram Acha Septriasa

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi Indonesia Acha Septriasa mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji penampilannya menggayakan hijab seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Acha difahamkan bakal membawakan watak isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi filem biografi bertajuk Anwar terbitan sebuah produksi Indonesia.

Selain itu, Farid Kamil turut terlibat dan menyandang tugas melakonkan watak Anwar bersama-sama Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

'Anwar' yang masih menjalankan proses penggambaran diarahkan oleh Viva Westi, dikatakan bakal mendedahkan perjalanan hidup presiden Parti Keadilan Rakyat itu sepanjang terlibat dalam lapangan politik tanah air. 

Berita itu turut disahkan oleh Noor Amin Ahmad yang juga calon PKR bagi Parlimen Kangar menerusi hantarannya di Facebook.

“Oleh sebab sudah tersebar rancangan penerbitan filem mengenai Anwar Ibrahim - lakonan Farid Kamil dan Acha Septriasa, maka bolehlah saya kongsi juga sedikit sumbangan daripada kajian mengenai Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan sutradara filem ini.

“Sebenarnya selepas 2018 ada beberapa pihak telah bertemu saya tentang bahan ini, atas cadangan pejabat Anwar sendiri. Ada yang nak buat dokumentari dan ada yang nak buat filem.

“Turut sama Datuk Zul Aznam, mantan Ketua Polis Perlis yang dulu merupakan pengirig ADC DSAI. Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan 'Anwar'” katanya.

Gambar Instagram Acha Septriasa
Gambar Instagram Acha Septriasa

Bulan lalu, Acha memuat naik foto bersama-sama Farid Kamil, Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah dengan kapsyen,

“Bertemu sosok yang mengetuai amalan banteras korupsi di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di Kuala Lumpur,” tulis pelakon itu. 

“Comelnya Acha,” kata seorang peminat di Twitter

“Acha nampak comel pakai tudung macam Wan Azizah,” tulis satu komen. 

“Acha kenapa comel sangat?” kata komen yang lain. - Getaran, 9 November 2022 

Gambar Instagram Acha Septriasa
Gambar Instagram Acha Septriasa

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...