web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Filem Edisi Ke-20 Amerika Latin Temui Peminat Di Malaysia Bermula Bulan Ini

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 4:18PM

Gambar ihsan LatinAmericanFilmFestivalInMalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Festival Filem Amerika Latin (LAFF) yang dinanti-nantikan akan memulakan tayangannya bulan ini dengan tujuh filem Amerika Latin dan Caribbean.

Filem-filem itu akan ditayangkan di Golden Screen Cinemas (GSC) One Utama dari 17-20 November dan GSC Gurney Plaza Pulau Pinang dari 24-27 November.

Festival filem edisi ke-20 itu bertujuan memaparkan warisan budaya negara Amerika Latin dan Caribbean yang kaya, sambil mengetengahkan industri kreatif yang terbaik sekali gus menjangkau khalayak yang lebih luas di Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk membuka tirai festival itu dengan filem Argentina ‘The Weasels’ Tale’ karya  pengarah filem yang memenangi Oscar Juan Jose Campanella.

“Selain itu, kami juga gembira dapat menunjukkan kepada masyarakat Malaysia mengenai kualiti filem kami serta nuansa budaya kami yang kaya,” kata Duta Argentina ke Malaysia dan Dekan Kedutaan Amerika Latin dan Caribbean di Malaysia Manuel Balaguer Salas dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemilihan filem untuk festival filem tahun ini membuktikan bahawa bakat, kreativiti dan semangat merupakan bahan terbaik untuk menghasilkan filem yang hebat.

LAFF edisi ke-20 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang meliputi filem komedi sehinggalah thriller dan animasi mesra keluarga yang memberi peluang kepada penonton untuk menikmati gambaran budaya, aspek sosial dan bahasa yang berbeza di negara Amerika Latin dan Caribbean.

Festival ini dianjurkan Kedutaan Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Mexico dan Peru ke Malaysia.

Kesemua filem itu ditayangkan secara percuma dan mematuhi peraturan SOP  ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Bagi GSC 1 Utama, tiket percuma boleh diambil sejam sebelum waktu tayangan manakala sistem e-tiket akan digunakan untuk tayangan di GSC Gurney Plaza Pulau Pinang. Jadual tayangan, sinopsis dan butiran lanjut boleh didapati di www.gsc.com.my dan www.facebook.com/LatinAmericanFilmFestivalInMalaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Velvet Bawa Penonton Mengimbau Pengalaman Sinematik Retro

3

TARA 2 tahun yang lalu

Golden Screen Cinemas Tiup Semangat Patriotisme

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Scammer’ Guna Nama Festival Filem Besar, Hati-Hati Penggiat Seni Usah Terpedaya!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...