web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Scammer’ Guna Nama Festival Filem Besar, Hati-Hati Penggiat Seni Usah Terpedaya!

Terdapat sindiket yang melacurkan nama anugerah besar termasuk Festival Filem Cannes dengan membuka laman sesawang untuk pertandingan festival yang menggunakan nama seakan-akan sama.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 9:00PM

Gambar hiasan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tercalon dan memenangi anugerah di festival filem berprestij di dunia adalah impian setiap pembikin filem.

Namun, terdapat tangan-tangan gelap yang cuba mengeksploitasi impian dan harapan ribuan anak seni melalui sebuah sindiket penipuan yang menggunakan nama anugerah berprestij ni.

Terdahulu, Getaran menerima sebuah kenyataan akhbar menyatakan sebuah filem anak tempatan kita telah tercalon untuk kategori thriller di Cannes World Film Festival sekali gus melayakkannya bertanding di Festival Filem Cannes.

Namun, setelah membelek poster dan membuat penyelidikan tentang penganjur, ternyata festival yang disertai filem tempatan berkenaan adalah berbeza dengan anugerah berprestij di Festival Filem Cannes.

Dalam erti kata lain, kemenangan secara bulanan di Cannes World Film Festival agak meragukan untuk melayakkan ia bertanding di Festival Filem Cannes yang berbeza penganjurannya.

Getaran telah berusaha menghubungi pengarah filem tersebut untuk mendapat kepastian dan maklum balas daripadanya, namun masih belum menerima apa-apa respon.

Selepas melihat beberapa laman sesawang rasmi penyertaan Festival Film Cannes, antara acara rasmi festival filem yang lain hanyalah Quinzaine des Réalisateurs (Directors’ Fortnight), Semaine de la Critique (International Critics’ Week), and L’ACiD (Association of French Independent Film Distributors) dan The Marché du Film sahaja.

Namun begitu, Cannes World Film Festival seperti yang dimenangi filem tempatan tersebut  mungkin wujud, tapi ia tidak berprestij.

Walaupun begitu, insiden ini telah membuatkan kami di Getaran merasakan perlunya untuk menulis tentang insiden penipuan festival filem, sekalipun ia sudah diperkatakan sejak 2015 lagi.

Terdapat sindiket yang melacurkan nama anugerah besar termasuk Festival De Cannes (Festival Filem Cannes) dengan membuka laman sesawang untuk pertandingan festival yang menggunakan nama seakan-akan sama.

Misalnya, laman sesawang yang diberi nama FilmFreeway, kononnya menerima lebih daripada 7,000 penyertaan untuk dipertandingkan di 42 festival filem ternama dunia.

Mereka akan mengenakan yuran sekitar RM450 ringgit. Dalam kes yang lain, ada yang pernah membayar sehingga RM1,500 untuk penyertaan.

Peserta kemudian diumumkan sebagai pemenang. Ketika mereka ingin terbang bagi menerima trofi kemenangan tersebut, festival yang dijanjikan tiba-tiba tidak wujud dan pegawai yang menguruskan kemenangan mereka pun menghilang diri bersama-sama duit yuran ‘festival olok-olok’ yang mereka ciptakan.

Bagaimana nak kenal pasti festival filem palsu?

Gabung sesi

Kebanyakan filem festival palsu (dengan nama yang seakan-akan serupa dengan festival besar) akan mengadakan dua sesi iaitu festival dan juga pertandingan lakon layar. Namun, selalunya mereka akan menggabungkan kedua-dua sesi ini. Jadi anda perlu menghantar penyertaan di platform rasmi sahaja.

Tempoh penyertaan lebih dari tiga bulan

Selalunya festival besar akan mempunyai had tempoh penyertaan. Alasannya mudah, penganjur tidak mahu pening kepala menguruskan penyertaan. Mereka selalunya akan membuka penyertaan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Namun bagi festival filem yang palsu, mereka selalunya akan membuka penyertaan dalam durasi yang lama untuk mendapatkan lebih banyak duit. Contohnya, dahulu pernah terjadi kes festival palsu yang menggunakan nama Cannes Independent Film Festival yang membuka penyertaan sehingga setahun!

Jual nama bandar besar

Setiap bandar besar selalunya mempunyai festival filem mereka sendiri. Sindiket ini biasanya akan memasukkan lokasi bandar besar ini dalam nama festival mereka untuk dilihat berprestij. Dengan ini ramailah yang akan terpedaya dan menjadi mangsa. Oleh itu, pastikan anda semak kewujudan festival ini.

Tiada sejarah pertandingan

Bukan itu sahaja, di laman sesawang sindiket ini, mereka biasanya akan propa kononnya mereka telah mengadakan festival ini bertahun-tahun lamanya. Jadi, anda boleh lakukan semakan senarai pemenang dan majlis penyampaian anugerah mereka sebelum ini. Jika mereka adalah festival yang sahih, pasti tidak susah untuk menjejaki sejarah acara mereka sebelum ini.

Yuran pertandingan terlalu tinggi

Anda patut meragui sekiranya yuran penyertaan yang dikenakan adalah terlalu tinggi. Kebanyakan festival filem di Eropah tidak mengenakan yuran terutamanya untuk filem pendek. Sekiranya ada kutipan yuran sekalipun, ia tidak mahal. Namun untuk festival filem di Amerika Syarikat, mungkin yurannya sedikit mahal. Walaupun begitu, mereka tidak akan mungkin mengutip bayaran sehingga RM400 untuk satu penyertaan.

Anugerah yang terhad

Sejujurnya, festival filem yang sah akan mempunyai anugerah yang terhad. Anugerah ini diberikan kepada filem yang benar-benar terbaik untuk kategori yang dipertandingkan. Namun, festival filem yang palsu pula akan mempunyai pelbagai anugerah dengan senarai pemenang yang sangat panjang.

Tiada tayangan umum

Dalam bahasa mudahnya, jika sesuatu festival tidak mempunyai tayangan umum (public screening) maka ia bukanlah sebuah festival.

Ini kerana, tayangan umum inilah yang ditunggu penggiat filem untuk menjemput seramai mungkin orang menonton hasil kerjayanya.

Kriteria kemenangan tidak dijelaskan

Setiap festival akan mendedahkan barisan  juri yang bakal mengadili karya mereka. Sekiranya terpilih sebagai pemenang, mereka akan memberikan sebab dan kriteria yang membuatkan karya anda dipilih sebagai pemenang. Festival yang hanya mengumumkan kemenangan melalui e-mel tanpa huraian secara jelas adalah scam.

Oleh itu, pesanan kami di Getaran kepada semua penggiat seni. Berhati-hatilah penghantar penyertaan. Pastikan ia dihantar di saluran yang rasmi sahaja. - Getaran, 15 September 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

NSRC Terima 11,858 Panggilan Mangsa Scammer Babit Kerugian Ratusan Juta Dalam 6 Bulan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...