web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggap Tindakan Berniat Jahat, Awesome TV Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap A. Aida

Pihak Awesome TV juga berpendapat A. Aida telah mempergunakan kedudukannya sebagai ahli Lembaga Pengarah FINAS dan melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 5:34PM

A. Aida - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas ralat dengan tindakan Datuk A. Aida yang dilihat mempergunakan kedudukannya sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk memanjangkan kenyataan balasnya mengenai isu paras rupa lebih penting daripada bakat seperti mana yang dibangkitkan produser berkenaan. 

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Adam menyifatkan tindakan A. Aida berjumpa dengan Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa mengenai perkara ini dilihat berniat jahat dan berunsur fitnah serta menjatuhkan reputasi Awesome TV yang mempunyai hubungan sedia ada dengan para penggiat seni.

Adam Ilyas - Gambar Fail
Adam Ilyas - Gambar Fail

“Tuduhan yang dibuat ini dilihat amat berat terutamanya apabila kami di Awesome TV merupakan salah satu platform utama penggiat seni untuk berkongsi hasil kerja mereka dan dijadikan salah satu medan mencari rezeki masing-masing. 

“Kami turut merasakan bahawa A. Aida telah mempergunakan kedudukannya sebagai ahli Lembaga Pengarah FINAS dan melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas ke atas kami. 

“Tuduhan yang dibuat berkaitan isu pembayaran ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali kerana mengikut rekod kewangan yang dikemukakanbahagian akaun syarikat ke atas rumah-rumah produksi yang pernah menerbitkan karya kreatif dan disiarkan di platform kami, Awesome TV tidak pernah gagal melunaskan sebarang pembayaran secara progresif mengikut faktor-faktor spesifik dengan setiap vendor kami. 

“Untuk mengesahkan perkara ini, kami juga sudah membuat penelitian lanjut dan semakan silang secara menyeluruh ke atas rekod kewangan syarikat dan dapat dilihat dengan jelas pembayaran untuk setiap karya yang diterbitkan. 

A. Aida - Gambar Fail
A. Aida - Gambar Fail

“Oleh itu, kami dengan ini menidakkan sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat di dalam perjumpaan A. Aida bersama Pengerusi FINAS tempoh hari, yang mana ia dilihat tidak berasas dan dibuat atas unsur-unsur hasutan A. Aida yang dirasakan mempunyai niat jahat terhadap kami,” katanya. 

Justeru itu, Adam berkata, pasukan undang-undang dan firma guaman Awesome TV  kini dalam proses meneliti perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada yang terlibat. 

“Kami memandang serius spekulasi tidak berasas yang ditimbulkan oleh A. Aida ini kerana ia telah mencemarkan nama baik dan reputasi pihak kami selaku stesen televisyen.

“Isu berbangkit yang diperdebatkan sebelum ini adalah perihal paras rupa dan bakat penggiat seni. Tetapi A. Aida sengaja mengaburi mata umum dengan hal-hal yang tidak berkenaan khususnya melibatkan urusan dalaman Awesome TV,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak pula berpendapat, mengikut pengalamannya bekerja dalam industri seni tanah air lebih daripada 10 tahun, apa yang dipraktikkan Awesome TV ini adalah amalan kebiasaan stesen-stesen televisyen di Malaysia

Johan Ishak - Gambar Fail
Johan Ishak - Gambar Fail

Adam sebelum ini telah mengeluarkan pandangannya berhubung kenyataan penerbit drama dan filem berkenaan apabila dia menyatakan bahawa dia lebih mementingkan paras rupa seseorang pelakon berbanding bakat. 

Sehubungan itu, Adam telah menyarankan kepada pihak FINAS supaya mengambil tindakan tegas terhadap A.Aida serta menganggap produser tersebut tidak layak menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah. 

Susulan daripada itu, A.Aida telah membuat kenyataan balas di media untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Adam. 

Bahkan, Aida yang juga Timbalan Presiden TV Malaysia (PVTM) teah mengadakan pertemuan dengan Pengerus FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa untuk membincangkan masalah di antara produser-produser dengan Awesome TV. 

Dalam perbincangan itu, Aida bersama produser-produser ini mendakwa sebahagian wang bayaran mereka masih belum dilunaskan Awesome TV. – Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rayuan Amelia Henderson Terhadap A. Aida Didengar 24 Oktober

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...