web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wah! Bukan Kaleng-Kaleng, Filem 'Daddyku Gangster' Terinspirasi Daripada  Filem Hollywood ‘Fast And Furios 8’

Filem  aksi komedi ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Vanidah Imran dan diarahkan oleh Bob Hashim.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 4:00PM

'Daddyku Gangster' bakal ditayangkan dipawagam seluruh negara pada 1 Disember ini. - Gambar ihsan D’Ayu Pictures

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Boleh dikatakan naskhah yang mengangkat kisah tentang gangsterisme sudah banyak dihasilkan pembikin-pembikin filem tempatan.

Bagaimanapun, filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam.

Melihat kepada situasi berkenaan, syarikat produksi D’Ayu Pictures Sdn. Bhd. turut tampil dengan sebuah filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim.

Gambar ihsan D’Ayu Pictures
Gambar ihsan D’Ayu Pictures

Penerbitnya, Datuk Rosmarayu Mokhtar berkata, naskhah filem berkenaan boleh memberikan kepuasan kepada penonton dengan jalan cerita yang cukup menarik.

“Idea untuk mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa yang meninggal dunia. 

“Selain itu, saya juga mendapat inspirasi daripada filem Hollywood iaitu Fast And Furious 8, di mana ia turut menerapkan elemen kekeluargaan, meskipun ia sarat dengan aksi,” ujarnya. 

Katanya lagi filem terbaharu terbitannya itu menampilkan kelainan berbanding filem-filem gangster lain apabila ia mengetengahkan elemen kekeluargaan, terutama membabitkan hubungan  dua orang kanak-kanak dengan pakciknya yang sudah dianggap sebagai bapa.

Jelasnya, apa yang lebih istimewa lagi apabila ia turut menampilkan barisan pelakon yang hebat-hebat dan dan dikenali ramai, termasuk Zul Huzaimy yang memegang watak utama sebagai penjaga kepada dua anak saudaranya setelah kematian abangnya.

Gambar ihsan D’Ayu Pictures
Gambar ihsan D’Ayu Pictures

“Biarpun tajuknya, Daddyku Gangster, namun ia sebenarnya sesuai untuk ditonton semua golongan termasuk seisi keluarga.

“Disebabkan itu, filem ini lebih mengetengahkan genre aksi komedi supaya ia tidak nampak sebuah naskhah yang ganas,” jelasnya.

Selain Zul Huzaimy, antara barisan pelakon yang membintangi Daddyku Gangster adalah seperti Adeline Tsen, Faizal Hussein, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Zalif Sidek, Reen Rahim, Alieff Irfan, Azri Iskandar, Vanidah Imran serta dua pelakon cilik hebat iaitu Angelica Petra dan Arryyan Petra.

Gambar ihsan D’Ayu Pictures
Gambar ihsan D’Ayu Pictures

Menelan kos pembikinan kira-kira RM2.5 juta, Daddyku Gangster menjalani penggambaran di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan pada awal tahun 2020.

Sementara itu, Ismail Bob selaku pengarahnya pula menyatakan Daddyku Gangster sebenarnya cukup istimewa kerana merupakan filem ke-20 yang diarahkannya sepanjang bergelar pengarah.

Ujarnya, menerusi filem ini dia cuba menampilkan kelainan dengan menampilkan Zul Huzaimy untuk memegang watak utama.

“Sebagai pengarah sudah tentu saya cuba sesuatu yang baharu. Misalnya, kita semua tahu Zul Huzaimy seorang pelakon hebat yang terkenal dengan watak antagonis.

“Untuk kali ini, saya cuba ‘twist’ pula dengan menjadikan Zul Huzaimy pegang watak hero dan ternyata ia berjaya membawakan wataknya dengan berkesan,” ujarnya.

Gambar ihsan D’Ayu Pictures
Gambar ihsan D’Ayu Pictures

Mengenai cabaran sepanjang pembikinan filem berkenaan, Ismail Bob memberitahu antara yang terpaksa dihadapi apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Ujarnya, pada pada masa itu penggambaran baru berlangsung selama dua minggu dan ia terpaksa dihentikan seketika.

“Kami mulakan penggambaran dalam bulan Mac 2020 dan lepas itu terus PKP sehingga kami terpaksa berada di hotel sahaja.

“Kemudian kami minta khidmat nasihat pihak polis dan dinasihatkan untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan segera dan penggambaran hanya disambung semula pada bulan Julai,” ujarnya.

Filem Daddyku Gangster akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Disember 2022. – Getaran, 3 November 2022

Pic : D’Ayu Pictures


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN