web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasha Aziz Tak Mahu Ke Set Tanpa Skrip Penuh, Haji Zeel Akui Memang Sukar Menjaga Aktres Jelita Itu 

Haji Zeel juga akui dia terpaksa memujuk Nasha untuk menjayakan drama siri terbaharu terbitan syarikat produksinya iaitu Jesnita. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 2:00PM

Nasha Aziz - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat produksi Zeel Production telah mengeluarkan kos pembikinan hampir RM1.3 juta untuk menyiapkan drama terbaharu terbitan mereka berjudul ‘Jesnita’ arahan Emy Sufian yang bakal ditayang bermula 7 November ini.

Penerbit dan Pengarah Urusan Zeel Production, Fadzil Teh atau Haji Zeel berkata, kos pembikinan untuk drama itu meningkat kerana ia memerlukan penggunaan pelakon tambahan yang ramai dan lokasi baharu.

“Penggambaran drama ‘Jesnita’  ini masih on-going tapi ia sudah mencecah hampir jutaan ringgi kerana barisan pelakonnya.

“Kita ada pelakon yang harganya tinggi. Lokasi banyak dan pelakon tambahan pun ramai. Sebab itu, harga produksi pembikinan drama 40 episod ini mencecah hampir RM1.3 juta. 

“Biasalah kalau buat drama kita akan cari lokasi baharu, kita tak nak penonton bosan asyik tengok rumah yang sama saja. Rumah yang cantik itu, saya terpaksa pujuk tuan rumah sebab dia tak pernah bagi mana-mana produksi buat penggambaran di kediamannya,” ujar Haji Zeel. 

Tambah beliau, setiap kali menerbitkan drama, bajet agak sukar dikawal kerana dia amat menitik beratkan soal kualiti. 

Malah katanya, dia terpaksa pujuk pelakon-pelakon utama seperti Nasha Aziz untuk berlakon dalam drama ‘Jesnita’ ini.

Gambar Instagram Nasha Aziz
Gambar Instagram Nasha Aziz

“Nasha ni, dia tak akan masuk set kalau skrip tak dapat penuh. Dia nak tahu apa dialognya. Nasha adalah antara pelakon ‘Jesnita’ yang datang meeting setiap kali diadakan di pejabat kami. 

“Jadi bila dia bersetuju untuk berlakon, dia nak tahu keseluruhan skrip dan jalan cerita setiap episod dan seterusnya, kalau boleh dia nak the whole script sebelum penggambaran bermula  supaya dia boleh prepare watak dia. Menjaga Nasha memang susah berbanding penulis atau pelakon lain.

“Saya rasa saya yang melingkupkan syarikat sendiri kerana saya memang sasarka bajet tinggi untuk cerita ini daripada awal perancangan lagi. Saya memang nak Intan Najuwa dan Nasha serta Yusof dalam drama ini.

“Tapi  itulah, sampai sekarang Nasha ni tak deal lagi harga, dia berlakon saja, tak tau la dia nak charge berapa. Kos untuk terbit drama kadang-kadang jadi meledak naik kerana bila buat sesuatu drama, ramai kawan-kawan telefon tanya tak ada ke watak untuk mereka,” katanya.

Haji Zeel berkata, bagi drama ‘Jesnita’ ini banyak berubah setiap kali produksinya menambah atau mewujudkan watak-watak baharu sebagai watak tambahan.

Katanya, watak tambahan akan diberikan kepada pelakon veteran terpilih sebagai peluang untuk mereka meraih pendapatan setelah terjejas dengan keadaan ekonomi yang tak begitu stabil selepas pandemik.

Drama ‘Jesnita’ ini membariskan pelakon seperti Nasha Aziz, Intan Najuwa, Yusof Bahrin, Fikry Ibrahim, Malek McCrone, Nina Smith, Zach Zaffranz, Fathia Latiff dan Rozita Che Wan.

Drama 'Jesnita' bakal ditayangkan di di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) mulai 7 November 2022. – Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Gelaran Datuk Palsu: Intan Najuwa Enggan Ambil Kisah Hal Remeh

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Netizen Mula Menyampah Bila Fikry Ibrahim Muat Naik Gambar Suntingannya Bersama Presiden Jokowi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN