web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netizen Mula Menyampah Bila Fikry Ibrahim Muat Naik Gambar Suntingannya Bersama Presiden Jokowi

Tidak kurang juga yang meminta Fikry supaya usah melampaui batas kerana dibimbangi akan dikenakan sama atas gurauan yang sedemikian. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 8:01AM

Walaupun ramai yang memuji usahanya untuk mengedit gambar tersebut serta berpendapat kapsyennya itu mencuit hati, namun tidak kurang juga yang mengecam - Gambar Instagram Fikry Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak sebelum, sewaktu dan selepas Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU), aktor Fikry Ibrahim memang dilihat cukup aktif memuatkan parodi yang mengaitkan dirinya dengan  perkembangan dunia politik tanah air. 

Terbaharu, Fikry telah memuat naik pula gambarnya bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo melalui proses suntingan yang cukup kreatif. 

Menerusi hantaran tersebut, Fikry menulis kapsyen: 

“Menyambut ketibaan Presiden Indonesia @jokowi ke Wisma Rasmi Jeniang (Jeniang adalah salah satu pekan kecil di Kedah). 

“Beliau kagum dengan ketenangan di sini. Kami berpeluang menilai hubungan dan potensi di antara kedua-dua negara dan saya ada sampaikan hajat untuk mengharamkan rokok suria”. 

Walaupun ramai yang memuji usahanya untuk mengedit gambar tersebut serta berpendapat kapsyennya itu mencuit hati, namun tidak kurang juga yang mengecam. 

Rata-rata yang mengecam meminta supaya sudah-sudahlah memuat naik hantaran parodi yang sebegitu kerana apabila terlalu banyak, ia membuatkan mereka jadi menyampah dan serta meluat pun ada. 

Tidak kurang juga yang meminta Fikry supaya usah melampaui batas kerana dibimbangi akan dikenakan sama atas gurauan yang sedemikian.  

Ada juga yang berpendapat Fikry berbuat sedemikian kerana mahu meraih perhatian berikutan kerjaya lakonannya yang disifatkan sendu. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jokowi Minta Biden Campur Tangan, Hentikan Kekejaman Di Gaza Atas Dasar Kemanusiaan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN