Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

Bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) atau lebih dikenali sebagai PWTC pada 14 April hingga 17 April ini, mengetengahkan pelbagai produk keperluan seisi keluarga bagi menyambut lebaran.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 6:00PM

Aktor Shaheizy Sam (kiri) antara yang bakal menjayakan Stylofest Mega Raya 2023. - Gambar Didies Entertainment & Management

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bertemakan #SyurgaShoppingKita, penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menyenaraikan lebih 400 gerai jualan dengan penganjuran selama 73 jam tanpa henti. 

Bahkan, Stylofest Mega Raya 2023 juga turut memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM100,000, termasuk lebih 1,000 baucer membeli-belah selama tiga hari penganjurannya dilangsungkan. 

Bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) atau lebih dikenali sebagai PWTC pada 14 April hingga 17 April ini, mengetengahkan pelbagai produk keperluan seisi keluarga bagi menyambut lebaran seperti pakaian, beg, aksesori, minyak wangi, kosmetik, perkakas rumah dan elektrik dan kuih raya. 

Gambar ihsan Didies Entertainment & Management
Gambar ihsan Didies Entertainment & Management

Selebriti serba boleh, Didie Alias yang juga adalah  Pegawai Eksekutif syarikat Didies Entertainment & Management, pemilik francais festival terbesar ini Stylofest Mega Raya 2023 berkata, festival berkenaan sangat sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga untuk mendapatkan pelbagai keperluan satu keluarga bagi meraikan Hari Raya.

“Selain daripada menganjurkan sebuah festival yang meriah, selesa dan padat dengan aktiviti dan tawaran diskaun hebat kepada pengunjung, ia telah menjadi prinsip dan keutamaan kami sejak tujuh tahun yang lalu untuk memberikan keutamaan kepada para usahawan dengan strategi-strategi promosi dan pengiklanan yang padat dan berterusan bagi memastikan para usahawan dapat menjalankan aktiviti jualan dengan penuh rancak dan menguntungkan.

“Kami juga menyokong dan menyahut cadangan kerajaan dengan memperkenalkan “Tapak Rahmah” bagi membantu usahawan-usahawan kecil terutama yang baru berniaga dengan menawarkan harga tapak serendah RM2,500” katanya lagi.

Menurut Didie Alias, penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 telah mendapat penyertaan jenama popular besar, selain daripada penglibatan UniKL sebagai rakan kolaborasi acara berkenaan.

“Objektif utama penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 adalah untuk merancakkan lagi ekonomi negara dan tidak ketinggalan meningkatkan ekonomi para usahawan tempatan yang mengambil bahagian. 

“Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan kepada para pengunjung untuk menikmati pembelian harga mampu milik dan tawaran hebat bagi setiap produk yang ada di jual sini, selain dapat beriadah bersama keluarga sepanjang 73 jam karnival ini diadakan,” katanya.

Jelas Didie Alias lagi, menganjurkan acara seperti Stylofest Mega Raya 2023 ini adalah sesuatu yang cukup mencabar.

“Cabarannya lebih tertumpu dalam usaha perlu  merangka strategi promosi dan penjualan tapak seawal 4 bulan yang lalu bagi mengurangkan saingan terhadap penganjur baharu yang muncul seperti cendawan pada tahun ini. 

“Harapan saya, semoga penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 dapat memberi peluang kepada saya berkongsi rezeki bersama rakan selebriti, usahawan serta membantu meningkatkan ekonomi semua pihak yang menyertai festival ini,” katanya. 

Sebagai daya tarikan, Stylofest Mega Raya 2023 turut menyenaraikan barisan selebriti popular tanah air sepanjang penganjuran karnival selama 73 jam tanpa henti ini. 

Antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ustaz Ebit Lew, Ella, Ustaz Syamsul Debat, Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Shahida, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Adira, Puteri Sarah, Dato Fizz Fairuz, Jue Aziz, Aidil Aziz, Mark Adam, Mawar Rashid, Zul Huzaimy dan Zaki Yamani. 

Turut mengambil bahagian, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Syamel, Ernie Zakri, Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Watie Ozlynn, Johan Raja Lawak, Aidil Aziz, Fasha Sandha, Nad Zainal, Ungku Ismail, Ayda Jebat, Nabil Mahir, Ayie Floor 88, Along Cham dan Zalif Sidek. 

Tidak ketinggalan, Anne Abdullah, Angah Raja Lawak, Nubhan, Ieda Moin, Mark Adam, Fikry Ibrahim, Imam Muda Asyraf, dan Liza Abdullah.  – Getaran, 23 Mac 2023 
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Niat Anne Abdullah Untuk Sambut Hari Jadi Yang Ke-50 Di Mekah Atau Madinah Tertunai 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Netizen Mula Menyampah Bila Fikry Ibrahim Muat Naik Gambar Suntingannya Bersama Presiden Jokowi

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Warganet Mengekek, Fikry Ibrahim Bikin Parodi Ada Parti Sendiri Menjelang PRU-15

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Terpisah Selama 25 Tahun, Akhirnya Imam Muda Asyraf Kembali Bertemu Rakan Lama Yang Buta Waktu Di Maahad 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 15 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran