web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Drama 'Nur' Sedia Gegarkan Indonesia!

Selepas mencipta fenomena di tanah air sendiri, nampaknya drama bersiri ‘Nur’ bakal memberi impak yang sama di negara jiran apabila ia mula ditayangkan Ramadan ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 10:47AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama rantaian terkenal TV3 bertajuk ‘Nur’ yang sempat mencetus fenomena dijangka bakal memberikan impak yang sama di Indonesia apabila drama berkenaan bakal ditayangkan menerusi rangkaian platform MNC Media bermula Ramadan. 

Menerusi kolaborasi Sistem Televisyen Malaysia Berhad dengan MNCTV, ‘Nur’ musim 1 dan 2 bakal ditayangkan secara serentak di semua platform saluran berkenaan. 

Menurut pengarah Program MNCTV, Endah Hari Utari, berkata “Kami merasakan yang drama bersiri ‘Nur’ ini sangat menarik, menghiburkan dan merupakan sebuah hasil produksi yang hebat. Ini merupakan alasan utama kami memilih ‘Nur’. 

“Drama ini akan menjadi tambahan variasi kepada kandungan sedia ada dan berbeza berbanding program-program yang biasa ditayangkan dalam MNCTV sebelum ini.”

Drama berkenaan juga dilihat menepati tema bulan Ramadan dan sesuai dengan kandungan yang ingin dibawa MNCTV. 

Drama bersiri ini mengisahkan dilema kisah cinta dua insan dengan latar belakang yang berbeza, tentang sebuah cinta terlarang hubungan di antara seorang ustaz muda bernama Adam dengan seorang pelacur wanita bernama Nur yang digelar ‘gadis lorong’, yang tidak mendapat didikan agama yang sempurna.

Kisah cinta tragis yang mendapat tentangan hebat dari keluarga dan masyarakat.

Pelakon yang menjayakan drama ini termasuklah Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Eyra Hazali, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar. - Getaran, 16 April 2021

Semua gambar: TV3 Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN