web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Demi Usaha Merakyatkan Filem Bersama Komuniti Kreatif, FINAS Anjurkan Program EKSPRESI@FINAS

Program EKSPRESI@FINAS di Kompleks Studio Merdeka, FINAS Hulu Kelang pada 23 Oktober hingga 24 Oktober ini dan ia akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 8:00AM

Gambar FINAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai suatu usaha untuk mewujudkan pembangunan dan jaringan industri bersama komuniti kreatif dalam merakyatkan filem Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan Program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia atau singkatannya EKSPRESI@FINAS.

Program EKSPRESI@FINAS ini akan diadakan di Kompleks Studio Merdeka, FINAS Hulu Kelang pada 23 Oktober hingga 24 Oktober ini dan ia akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti merangkumi empat komponen utama iaitu Ekspresi Bakat, Ekspresi Seni, Ekspresi Minda dan Ekspresi Komuniti.

Antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang program tersebut adalah sesi uji bakat bersama syarikat produksi, uji bakat suara latar, sesi tayangan dan apresiasi filem tempatan, persembahan penggiat industri kreatif dan komuniti, sesi perkongsian ilmu bersama penggiat industri, ramah mesra bersama artis, sesi Townhall libat urus industri bersama KWSP, PERKESO dan banyak lagi.

Turut diadakan adalah sesi JOM PITCH! iaitu sesi pembentangan idea bagi Dana Mikro bertemakan Keluarga Malaysia. Individu yang terpilih akan menerima dana berjumlah RM5000 dan keputusan akan diumumkan majlis perasmian penutup program EKSPRESI@FINAS pada 24 Oktober. 

Majlis perasmian itu nanti akan disempurnakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa. 

Program ini juga memberi peluang kepada penggiat industri  jualan produk-produk mereka dengan penyediaan  37 tapak  reruai (booth). Kaunter bayaran kompaun Majlis Perbandaran Ampang Jaya juga akan dibuka dengan tawaran kompaun sehingga 80 Peratus. Bahkan kaunter bayaran kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan juga akan dibuka sepanjang program berlangsung.

FINAS mensasarkan kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung pada kedua-dua hari program EKSPRESI@FINAS tersebut. Pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik seperti motorsikal, peralatan elektrik dan pakej penginapan menanti para pengunjung. – Getaran, 21 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...