web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Jangan Terlalu Paranoid”- Walau Ada Artis Buat Hal, Annuar Tak Mahu Terlalu Berkeras

Annuar juga mengakui ada artis tempatan yang mengakui silap dan meminta maaf secepat mungkin sebelum dipanggil kementerian. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 10:00AM

Annuar Musa - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Maklum dengan beberapa isu pelanggaran tatasusila baik penyanyi atau pelakon tempatan, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa tidak mahu terlalu berkeras dan menghukum sebaliknya percaya masih ramai selebriti tempatan yang berdisiplin dan menunjukkan teladan yang baik.

Bahkan, Annuar Musa juga turut mengakui, sebelum apa-apa tindakan diambil, warganet terlebih dahulu akan melakukan kerja mereka untuk mengecam tindakan yang kurang sopan dilakukan mana-mana selebriti tempatan sama ada isu perlakuan kurang sopan semasa konsert mahupun babak panas dalam drama tempatan. 

“Saya berpandangan di Malaysia ini ramai artis kita yang berdisiplin. Mereka tahu, jika mereka lakukan sesuatu yang tidak bersesuaian dan melanggar norma masyarakat, netizen sendiri yang akan menegur mereka. 

“Jadi, tidak perlu terlalu bimbang. Kita kena beri juga peluang untuk artis kita beraksi. Saya yakin mereka tentu sudah mengambil kira perkara-perkara tersebut,” katanya ketika ditemui Getaran sidang media Anugerah Seri Angkasa 2022 baru-baru ini.

Annuar Musa - Gambar fail
Annuar Musa - Gambar fail

Biarpun ada selebriti yang kadangkala khilaf, Annuar merasakan ia juga adalah lumrah seorang manusia. Namun pada masa yang sama, beliau mengingatkan agar semua selebriti untuk kekal menjaga tingkah laku dan menjadi contoh yang baik kepada publik. 

“Selama saya di kementerian, belum ada isu  artis yang berdepan dengan masalah disiplin. Ada satu, dua kes mereka tersasul tapi mereka minta maaf awal-awal. Belum sempat saya panggil mereka dah mengaku sendiri.

“Maknanya tahap kesedaran mereka sangat baik. Masyarakat perlu hargai itu. Kita semua manusia, ada kala kita salah buat penilaian atau buat silap. Jangan terlalu besarkan perkara itu. Dunia seni memang begitu dan kita boleh beri nasihat baik.

“Jangan terlalu paranoid, terlalu menilai. Pada masa yang sama saya nasihatkan penggiat seni untuk berkarya namun tidak melanggar tatasusila,” tambahnya.

Terdahulu Annuar menumumkan penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2022 yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 Oktober ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Sebanyak 72 kategori akan dipertandingkan bagi menghargai jasa dan usaha pengamal media tanah air. -Getaran, 20 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN