web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muadz, Raden - Juara Bersama FIT FOR ACTION, Kini Sedia Melangkah Serius Menjadi Pelakon 

Dengan kemenangan itu, ia melayakkan Muadz dan Raden untuk memenangi kontrak tawaran berlakon di saluran Media Prima beserta trofi. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 11:34AM

Muads dan Raden - Gambar ihsan Media Prima

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah enam minggu bersiaran, akhirnya Muadz dan Raden Zaharatul telah diangkat sebagai juara bersama FIT FOR ACTION. 

Dengan kemenangan itu, ia melayakkan Muadz dan Raden untuk memenangi kontrak tawaran berlakon di saluran Media Prima beserta trofi. 

Gambar ihsan Media Prima
Gambar ihsan Media Prima

Manakala naib juara disandang Marc Syammie dan Lisa, bagaimanapun mereka hanya berjaya membawa pulang trofi kemenangan. 

Muadz, 25 yang berasal dari Selangor memberitahu bahawa kejayaan ini adalah sesuatu yang tak diduga keranadia tidak mempunyai apa-apa pengalaman berlakon sebelum ini.

“Saya hampir-hampir tidak dapat teruskan dengan peringkat kedua uji bakat FIT FOR ACTION (call casting) kerana perlu menjalani kuarantin setelah menjadi kontak rapat Covid-19. 

“Tapi, nasib baiklah ia hanya untuk jangka masa yang singkat.  Peluang untuk meneruskan call casting tidak saya lepaskan begitu sahaja. Terbukti usaha ini berbaloi dengan kejayaan tidak yang tidak diduga ini,” katanya 

Sementara itu Raden Zaharatul atau lebih mesra dengan panggilan Raden berkata, walaupun dia sudah mempunyai pengalaman lakonan sebagai pelakon tambahan, namun dia mahu mengasah bakat dan mendapat tunjuk ajar dari penggiat seni berpengalaman dan telah berjaya.

Gambar ihsan Media Prima
Gambar ihsan Media Prima

“Dengan kejayaan ini, saya amat berharap untuk meraih peluang menjadi pelakon utama pada masa datang. 

“Saya juga sudah beliau bersedia dan siap dari segi mental untuk berdepan dengan kontroversi atau kecaman sebagai seorang anak seni.

“Perkara ini adalah benda yang tidak boleh kawal. Apa yang kita boleh kawal adalah kita diri sendiri, kita nak buat baik atau jahat itu terletak pada diri sendiri,” katanya lagi. 

Sepanjang penyertaan Muaz dan Raden dalam FIT FOR ACTION dari minggu pertama sehingga minggu akhir, terlalu banyak saat atau momen yang menjadi ingatan sama ada yang menggembirakan atau yang menyedihkan.

Bagi Muaz, penyingkiran pada awal FIT FOR ACTION dan perlu meninggalkan peserta yang lain adalah sesuatu yang amat mengecewakan dan menjadi momen yang sedihnya. 

Namun momen memperolehi kemasukan melalui “wild card” kembali menghidupkan peluang Muaz dalam pertandingan ini. Begitu juga dengan Raden yang turut terkesan dengan penyingkirannya di episod 4 dan kemasukan semula melalui “wild card”.

Gambar ihsan Media Prima
Gambar ihsan Media Prima

FIT FOR ACTION adalah program pertandingan realiti baharu yang berkonsepkan cabaran lakon - layar dan fizikal untuk mencari pelakon lelaki dan pelakon wanita versatil Malaysia. 

Sepanjang dua bulan, tunjuk ajar daripada pengarah terkemuka iaitu Datuk Yusof Haslam, Aziz.M.Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty telah melengkapkan 12 peserta untuk melebarkan sayap mereka ke industri seni lakonan. 

Para peserta juga diuji dengan cabaran fizikal oleh Nana Al Khaled. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman berlakon di samping pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Sharifah Rose dan Gambit Saifullah. – Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Fit For Action – Program Realiti Terbaharu TV3 Mencari Pelapis Pelakon Versatil 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN