web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Ada Hak Tolak Aksi Stunt Jika Tidak Bersedia - Iedil Dzuhrie Alaudin

Iedil juga mengingatkan semua pelakon agar mengambil serius perjanjian dan kontrak yang telah ditandatangani apalagi jika ia berkaitan dengan isu keselamatan di set penggambaran.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 9:01PM

Iedil Dzuhrie berkata tidak wajar untuk mana-mana pengarah bersikap lepas tangan jika berlaku kecederaan kepada pelakon di set penggambaran. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin mengingatkan semua pelakon agar mengambil serius perjanjian dan kontrak yang telah ditandatangani apalagi jika ia berkaitan dengan isu keselamatan di set penggambaran.

Menurut Iedil, ada pengarah yang cenderung meminta pelakon melakukan aksi stunt sendiri bagi mengelakkan proses rakaman dilakukan berkali-kali.

“Memang sebenarnya aksi stunt lebih bagus jika pelakon sendiri yang buat. Ini kerana tidak perlulah pengarah melakukan rakaman berkali-kali. Namun begitu, jika pelakon tidak bersedia, pengarah tidak perlu diteruskan.

“Jika pelakon tidak bersedia, jangan buat. Ini kerana babak yang melibatkan stunt ini hanya boleh dibuat dengan latihan yang cukup.

“Sebab itu penting untuk pelakon tengok semula kontrak. Segala insurans jika berlaku kemalangan,” katanya kepada Getaran di majlis pelancaran drama Ijab Kabut, sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, pelakon The Assistant itu juga merasakan adalah tidak wajar untuk mana-mana pengarah bersikap lepas tangan jika berlaku kecederaan kepada pelakon di set penggambaran.

“Pengarah perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di set. Jika pengarah lepas tangan, itu salah. Sebab mereka yang sediakan lapangan untuk pelakon, maka mereka juga perlu menjaga kebajikan pelakon.

“Saya dahulu sebelum masuk berlakon adegan aksi buat latihan selama sebulan. Jika tidak lakukan persediaan yang cukup, memang akan mengundang kecederaan,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pelakon Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan setelah mengalami kecederaan akibat dipaksa melakukan stunt untuk sebuah drama.

Dia mendakwa, pengarahnya bersikap berdiam diri tanpa mengambil peduli mengenai kesakitan yang dialaminya. - Getaran, 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Tujuh Dua Belas - Filem Aksi Pertarungan Hebat Yang Didominasi Farali Khan Dan Pesilat Indonesia, Chintya Candranaya

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Ijab Kabut’ Angkat Kisah Tentang Bakal Pengantin Mengejar Cinta Dan Majlis Perkahwinan Sempurna

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Wafariena Sila Jumpa Saya! - Presiden FDAM, Susulan Dakwaannya Kena Paksa Buat Aksi Stunt Sehingga Cedera Parah  

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Demi Jayakan Babak Aksi, Marsha Tak Kisah Lebam Badan 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...